Esok genaplah usia 37 minggu kandungan ni.
Rasa macam masa sangat cepat berlalu dan kini aku hampir
sempurna menjadi seorang ibu kepada anak aku sendiri. Tidak pernah aku
menyangka akan menjadi ibu pada usia 26 tahun.
Awal perkahwinan dulu, aku ada hati sebenarnya nak delay dulu untuk ada baby sebab nak cuba
hidup berdua biar stabil dan sedia dengan kehadiran anak barulah fikirkan soal
anak.
Tapi mungkin sebab husband memang nak sangat ada anak seawall
mungkin, hati berubah jadi lembut dan menerima kurniaan Tuhan seadanya. Tup
Tup,,, selepas 3 bulan kawin dapat baby… Masa tu tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ada ‘baby”
dalam badan kita.
Sepanjang hampir 9 bulan ni, aku sangat bangga dengan diri
aku sebenarnya (hehe) sebab aku ni
boleh dikategorikan sebagai perempuan perengus. Aku mengaku. Aku cepat marah
dan tension dengan benda kecil.
Maksud aku, kalau dah dengan benda kecik pun aku cepat marah
dan tertekan, hilang sabar… apatah lagi nak berhadapan dengan kandungan kan… Tapi syukur pada
Tuhan aku tidak pernah sekalipun merungut sebab ada baby dalam perut. Aku tidak
pernah marahkan anak aku. Sikap penyabar itu datang entah dari mana. Aku dapat
rasa aku lebih mudah menerima teguran daripada suami dan rakan sekerja,
Syukur pada Tuhan…
Aku akan mula bercuti pada 20/6/2014. yahoo.. nak bermanja
dengan anak kat rumah… tu pun kalau masa tu tak bersalin lagi la. Sebab due aku
ni 28/6. hehe,,,
SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.