Geng Panda Slim

Wednesday, January 27, 2010

Nama Pelik?

hmmm
nama saya pelik sgt ke? adeiii na... risau gak sa oo... hehehe
nda penah2 kena ckp ni nama pelik... kalau budak2 chinese tersilap talking in chinese with me, then  tu perkara biasa la...
tapi ini... nama ku dikata kan pelik....huuu

Friday, January 22, 2010

Semester 3 d UPSI.


Selamat tahun baru 2010.
Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat.
Semester ni saya masih tinggal di kolej kediaman UPSI. Wah.. hebatkan saya? Tapi sebenarnya saya dapat tinggal pun sebab sem lepas pihak pengurusan kolej tidak membenarkan para pelajar untuk tinggal atau lebih tepat keluar daripada kolej. Walaubagaimanapun, kawan2 saya tetap keluar. Mereka merayu kepada TNC. So, its mean, saya tinggal seorang la. Tapi tak pa la…
I feel free pla ni skang. Apa yang saya nak buat, saya nak makan, nak g kuliah, nak basuh baju. Semuanya saya lakukan seorang. Memanglah sunyi… tapi lebih selesa la…
Bukannya saya tida kawan langsung, ramai, Cuma skang ni teda kawan yang kemana pasti berdua. Kadang2  saya bersama dengan kawan2 se course mate. Tapi lebih kerap dengan kawan2 len dari kos kh, seni, bm, sej, dsb dan juga melibatkan semua lingkungan semester. Lebih selesa macm ni…
Sem ni juga saya mahu mulakan dengan pengelibatan diri dalam pelbagai aktiviti setakat yang saya mampu.. mungkin bukan sama seperti yang lain yang berbakat dalam bidang tarian, nyanyian atau sebagainya. Tapi saya mahu mulakan dengan pengelibatan terbaik dalam Briged Bomba dan sebagai Librarian. Saya mahu juga terlibat dengan BAKSIS as good as i am...sikap aktif yang da h sebati dalam diri ni tak dapat saya kawal rupanya. Tak pa la sebab tu semua penting tuk masa depan saya sebagai salah satu nilai tambah dalam diri saya nanti....
Pointer Sem Lepas
Sebut pasal pointer sem lepas… boleh tahan juga pointer saya. Dapat 3.69. so pngk keseluruhan 3.63, agak memberangsangkan bagi saya. Semoga ianya terus berkekalan…sebetulnya saya memang happy… terbayang wajah mummy yang akan gembira melihat saya pun keputusan nanti…

Cinta….
Memang sukar tuk melupakan kenangan lepas… terlalu sakit untuk menafikan perasaan sendiri. Tapi kekejaman yang saya perolehi setelah mencintai dengan setia membuatkan saya seperti serik untuk kembali kepada cinta lama. Saya mahu memeberikan ruang untuk diri mencintai orang lain dan membiarkan orang lain mencintai diri saya. Betul, cinta itu selalu membawa keperitan dalam hidup….namun pa yang lebih baik, saya akan sentiasa berusaha untuk bangkit semula…
Saya memegang kata-kata berbunyi
                “ bersedih dan menangislah semahunya jika anda di kecewakan. Merasakan ketidakadilan dalam perhubungan ataupun kehidupan, namun jangan pernah lupa untuk bangkit semula. “
Saya akan memulai perasaan ini semula. Tapi yang pasti bukan dengan orang yang pernah membuang saya daripada hidupnya. Saya amat berharap agar dia akan membaca ini. Saya harap sangat saya mampu delete dia dalam hidup saya. Namun saya tak dapat menafikan perasaan cinta dan sayang yang masih menebal dalam diri untuk dia. Namun saya kan mengikisnya perlahan. Lambat atau cepat saya perlu melupakan dia. PERGILAH BERSAMA MIMPI NGERI KENANGAN …
Kewangan…
Bukan juga mau cakap azam baru tapi, saya harap saya akan menjadi lebih berhemah selepas ini dalam menggunakan duit yang saya ada. Kalau boleh sem ni nak menabung untuk sesuatu yang saya betul2 ingin lakukan selama ini. Hope I can do it dalam penghujung tahun ini…impian saya untuk tahun ini rasanya saya perlu mulakan hidup baru dengan impian yang perlu dikabulkan setiap tahun. Saya perlu berdisiplin dalam hal ini

Gadget baru..
Saya beli kamera. Impian saya selama bertahun2... saya beli yang termampu dan terbaik yang saya ada iaitu Sony Cybershot.harap kamera ini kekal bersama saya.

Rasanya itu ja yang dapat saya catit buat masa ni. Saya mau mandi dulu skang... baru ja sampai daripada kelas bomba. Uby...Special for me......

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91