Geng Panda Slim

Sunday, September 7, 2014

Baby Leg Warmer

OH My GOD!!!

Aku kegilaan shopping barang baby.

Sekarang ni  aku rambang mata nak belikan prnicess aku ni leg warmer… nampak kat lazada murah juga la.. tapi tak sangka ada lagi yang jual jauh lebih murah. 

Ambik ko… 

Kikis duit suami macam ni haha…  korang tak percaya…

haa  tengok sendiri…

 

ni baru sikit...

nak beli mana?

Cari kat sini jeeeee...

http://momsbestgifts.com/index.php

http://www.onebabyworld.com/

http://www.prettiestbabies.com/

http://babybee.com.my

 

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Cabaran 30 hari (day 7) : Sejauh Mana Pendidikan penting bagi anda



Sejauh mana pendidikan penting bagi saya

Well well.. sangat penting.  Pun begitu pendidikan formal bukan lah yang paling penting dalam kehidupan kita ni. 

Sebab selagi kita hidup… kita akan sentiasa dan harus belajar sesuatu yang baru.
Tapi kadang-kadang bila seseorang memilik pendidikan yang lebih tinggi daripada orang lain… mereka cenderung memandang rendah akan orang yang lain. Bukan itu sepatutnya yang berlaku… sepatutnya ikutlah resmi padi.. makin tinggi makin tunduk.

Tunduk bukan bermaksud diam dan biarkan diri diperbodohkan.. tetapi kerana faham bahawa dengan berdiam kita menutup kebodohan kita terhadap hal yang tidak berguna.

I have a sentence that I love the most about education since I am graduated as a teacher… it is

“…to know everything in something and to know something in everything”

Its deep though meaningfull.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari (Day 6) : Apa yang anda Makan Hari ini



Cabaran untuk hari ini adalah…'

Apa yang anda makan hari ini..

Hiks… nak bagitahu semua ker… sarapan pagi cukuplah ye dok???

Pagi ni aku dan suami pekena Nasi Lemak aje…

Sejak kebelakangan ni minat pada nasi lemak datang kembali. Awal-awal pregnant dulu aku memang peminat setia nasi lemak yang di jual kakak kat bawah apartment kitorang ni… 

Muhaha pasal apa? Aku agak akak tu orang Kelantan kot. Nasi lemak dia buat tak pedas macam yang selalu aku beli. Banyak pula tu.  harga? RM1.50. 

Orang cakap makan nasi lemak ni buat baby besar… entah mitos ke betul, tapi bagi aku betul lah. Sebab nasi lemak ni banyak kalori. Dan resultnye… My little Leona seberat 3.18kg semasa di lahirkan, anak first.. kira berat la kan?

Hokey… itu aje…  :D 

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari (Day 5) - 3 PERKARA YANG ANDA INGIN KATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH



Muhaha…. Ketinggalan 4 hari ko… nak join semalam tapi kan my princess tak mo kena lepas. Mungkin sebab dia kena suntik kat klinik semalam. Asyik nak berpeluk, bercium je princess. Ada daddynye pon dua tiga minit cari mommynye… huhu…  Nanti akan di buat 4 entry yang tertinggal tu.. nak juga usaha sahut cabaran 30 hari ni… 

Oh wow…. 3 perkara yang aku nak katakan kepada bekas kekasih?

1.       Minta maaf aku tinggalkan ko.
2.       Sorry sebab aku sebenarnya tidak ada perasaan dengan ko.
3.       Sebab apa? Sebab aku tak dapat lupakan “cinta monyet aku” yang kini jadi suami ku. 

Kejam? Tak kejam la… aku lebih bahagia sekarang, bebas dengan perasaan sendiri. Aku boleh ekspress any time perasaan kat Husband aku. Tehehehe.




SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 Hari (Day 4) : Buku Kegemaran Aku



Buku Kegemaran Anda… 

Wow.. ikutkan aku memang pencita Novel tapi… 

Memilih… aku hanya akan baca novel yang ringan aje.. 

Masalahnye  nak baca yang lain? 

Pening la nak baca novel menangis-nangis or suspen-suspen ni. Hahaha

So penulis yang aku sangat-sangat minat dan sedang tunggu buku terbaru beliau yang akan keluar bulan ini ialah SOPHIE Kinsela

Sophie Kinsella - cantik Kan... hehe
Add caption

Cerita yang beliau tulis sangat best. 

Antara koleksi buku beliau yang aku simpan



 
Jangan pula nak kata aku ni minta puji sebab pilih buku bahasa Inggeris ye… buku ni sangat sesuai bagi orang yang tak berapa nak pandai bahasa inggeris sebab penggunaan bahasa adalah ringan dan tergolong dalam pertuturan kita seharian… 

Jadi? Kalau berminat,… ape tunggu lagi… pegi la beli kat bookstore harga satu buku beliau ni around RM30 ke atas. 

Aku berangan nak jumpa dia depan-depan... hihi


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91