Sape pernah basuh baju dan bau
masih lekat pada baju tu?
Mesti korang tak basuh elok2 kan….
Miahahaha…. Dah lama tak buat
Entry Tips entah ape-ape ni.
Okay, benda ni berlaku kat wen
bila wen berjinak-jinak dengan baju jersi (ada 1 je jersi) dan bila kesibukan
melanda, basuh kain main basuh je. Untuk peringatan, kes ni berlaku masa
semester enam dulu okay. Sebab masa tu wen ambil futsal. Baru la merasa pakai
jersi ni. Ha ha ha. Kenapa Futsal? Sebab ni adalah antara permainan yang wen tak
tahu langsung cara nak main. Magic je tengok orang lelaki tendang bola boleh
masuk tepat ke pintu gol. Wen? Akaiiii
(aduh)…. Aim ke pintu gol.. sekali kena kawan kat sebelah kiri, apa macam????? Hehe…
sekarang teknik tu dah tahu k. hihi… kalau nak ajak main futsal pun boleh doh
ni. Hehe
Eh, lari tajuk pula… okay… tips
ni senang je… kalau nak basuh baju yang berbau busuk dengan peluh terutamanya…
susah kan nak ilang bau baju tu. Lagi-lagi kalau jenis yang berpeluh
*&%$^$#^&^$^#$**^$% kan?
Tapi kalau dah bersukan seharian…
memang la peluh tu lekat kat baju. Sekali dengan baju-baju lain pun di jangkiti
kan? Well, cuba rendam kain-kain tu
dalam 30 minit sebelum basuh. Jangan nak komplen baju korang kena jangkit
dengan kaler lain, pandai-pandai la kasi asing kan. Kemudian basuh macam biasa.
Bagi yang tak suka bilas baju dua kali sebab nak sangat berjimat cermat tahap
kalajengking. Sila rajinkan diri membilas dua kali untuk memastikan sabun
betul-betul tanggal dari kain kita. Hehehe. Pastu jemur la k.
Tips yang tak de maksud pun kan.
Mungkin semua orang dah tahu. Ketara sangat tuan punya blog tak de idea nak
menulis. Hahaha.