TIDACT CLINDAMYCIN. Sapa pernah dengar nama ubat ni? Kalau yang bermasalah kulit macam aku, memang kenal kot ubat ni.
Okeh jom kita berkenalan dengan Tidact.
Ni la rupe Ubat tidact ni. Kat Farmasi, boleh diperolehi dengan harga dari RM9 (Farmasi Tg. Malim) Ke RM15 (Farmasi Kat Chow Kit) sepapan dalam 10 biji. Aku mula kenal dengan ubat ni sejak 3 tahun lepas. Masa tu aku shocked dengan makanan orang melayu, pedas dan berminyak untuk aku sebab aku jenis yang makan sup dan sayur lebih. Okey, muka aku memang jenis muka sensitif, so macam kena baja la jerawat aku kan?
Okey, balik pada tajuk, Kawan aku ni campurkan pill tidact tu dengan Eskinol. Product ni pernah dengar tak? Ni contohnya, ada lagi tapi yang lain sila Google sendiri ye...
aku gunakan Eskinol (bercampur antibiotic Tidact) tu dan jerawat aku pun kering dengan cepat. Wow... Berkesan! Ya betul, memang berkesan. Since that time aku menjadi pengguna setia Eskinol + Tidact.
So, ceritanya, Minggu lepas aku beli la sepapan ubat ni. Ingat nak beli banyak tu sebab nak bahagi dua, satu untuk aku dan satu untuk Mr. Dear. Ahli Farmasi tu cakap dengan aku, “ia lebih berkesan kalau di makan” “WHAT?!!!” aku tak pernah tau la kan benda tu boleh makan. Aku ingatkan memang hanya campur dalam eskinol je...
So aku tukar plan dan aku kol Mr. Dear suruh dia beli sepapan. Aku nak try makan pula, sebab kebetulan EXAM mood so jerawat alu tumbuh subur kat pipi. Aku makan 1st pill malam tu. Esok tak Nampak kesannya... Memang la kan baru sebiji kot, dan aku pun sabar je la. Tiga hari lepas tu, aku masih tak nampak kesannya. Tapi yang aku hairan, aku cirit-birit pula. Mr. Dear pun sama. Lepas seminggu kami cirit bersama (sehati sejiwa kan?) baru aku terfikir nak search pasal byeffect Pill Tidact, dan aku dapati antara kesannya adalah Cirit Birit dan Muntah.
----------------------------------------------------------
AKU rasa agak terpedaya sebab aku tak diberitahu oleh Ahli Farmasi tu akan kesan sampingan pill tu... Itu tanggungjawab dia untuk memberitahu. So, customer ada pilihan sama ada makan atau tidak. Kan?! Aku memang kecewa plus sakit ati dengan sikap ahli farmasi tu. Kesan dia bukan sikit, aku siap tak boleh jawab exam sebab cirit birit. Exam tu. Dan Mr. Dear pula tak boleh concentrate kerja. Kesian kan kami?
Moral of the story Mory: JANGAN PERCAYA AHLI FARMASI. Tanya Doktor dulu. hehe
p/s: apa pun aku tetap menggunakan pill tidact ni tapi hanya untuk campur dengan Eskinol sahaja. Di harap dengan entry ni, kita akan lebih berhati-hati mengambil sebarang ubat-ubatan. SORRY For MR. DEAR. (kalaulah mummy tau, mesti aku kena cuci habis-habis)
Yang Penting HATI Bah.