Geng Panda Slim

Friday, December 5, 2008


Seronoknya masa ni.. 

Masa ni kelas 6 ^ 1 batch 2007, SMK Lohan pergi Tenom Agro Park. Seronok sangat. Banyak benda kami belajar(hahahaha sambil main). Antara aktiviti kami masa tue ( saya dah ingat2 lupa oo).

Hari Pertama

Perjalanan yang kurang lancar dari SMK Lohan ke Tenom menyebabkan kami semua kepenatan pada masa tue. Tambahan lagi dengan keadaan jalan yang tidak se-Smooth yang kami harapkan. (Gravel + habuk ) By the way, itu tidak menjadi penghalang utuk kami bersukaria dalam bas sekolah. Sambil melayan DVD Scary Movie 4( Ye ker), kami bersukaria. Ketawa dan menyanyi macam budak tadika  6 tahun. (LOL) yang saya pasti dan yakin ialah kami semua happy masa tu kerana dapat melarikan diri daripada suasana pembelajaran di kelas 6 Atas 1! Semua tunjuk muka gembira bha masa tu.hehehheh. Saya ngan kawan saya pun (Harita-sorry pren kalu nama ko tersiar) sangat happy. Walaupun secara jujur ada sedikit salah faham dalam kalangan kami sekelas. tapi still happy together. heheh.

Sampai jak kat sana, kami terus ke bahagian ladang.  secara jujur takda la yang terkejut macam kucing parsi ke kampung (heheh ada istilah macam ni ke), sebab semua anak kampung bha. Hehehe. Kami dijamu minum petang dengan kuih yang bukan jua pelik la. heheh(jahat). 

Lepas tu kami dihantar ke Penginapan. sebelum Tue kami di beri pilihan, tinggal d kem atau asrama. LOL, org plan nak seronok2 takkan nak tido CAMP kan? jadi kami pilih tinggal di Asrama. seronok juga. asrama yang kami tinggal agak jauh daripada kawasan ladang. kena hantar  dengan Pick up ke asrama. (hahaha) Lucu. Sebaik sampai di Hostel, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. satu Kump. lelaki dan satu lagi Perempuan. bilik2 di sediakan untuk kami. Seronok sangat. Saya ngan pren saya pilih sebuah bilik yang di bahagi dua. saya ngan kawan saya tido dua orang saja . seronoknya. heheh..

Malam tue banyak benda berlaku. (saya akan ceritakan suatu masa nanti)

Hari kedua

Kami bangun dan bersiap seawal jam 08.30am, selepas bersarapan kami ke pusat pengurusan taman. kami di beritahu akan menaiki kereta api pada pagi itu.. Tapi rupanya kami di bawa terlebih dulu melawat seluruh taman pertanian. Hahaha, ini part yang lucu. Walaupun budak kampung semua, tapi bila masuk hutan macam semua nda pernah. semua pokok kami tanya. Kan pelajar.. (Hehehe). Pertama kali saya berkenalan dengan raja segala Pokok. (Pokok Bulian) kayu yang sangat keras dan berharga.  Ada juga kami mencuba pelbagai jenis buah yang ada di taman tersebut. Antaranya ialah buah ajaib. ajaibnya buah ni ialah, bila kita makan rasanya macam koko(tetapi lebih kecil), agak manis dan hanya sebesar biji Kurma, tetapi yang peliknya, semua benda yang kita makan selepas itu akn terasa manis(kecuali Pedas). Rambutan pun kami ada "curi" juga masa tu. hehehhe. almaklumlah, kami semuanya pelajar-pelajar tingkatan enam yang sangat aktif. 

selepas jam 01.00-02.00pm macam tue, kami siap "round taman tu.  Penatnya bukan main. mac am betul2 masuk rimba. Syukur jua kami tak naik bukit macam jalan menuju ke ladang padi bukit keluarga saya. selepas itu kami makan sebentar dan terus menaiki kereta Api pada sebelah petangnya pula. kami melawat pelbagai tempat yang kami tak dapat lawat. Walaubagaimanapun, akibat kepenatan, hanya sedikit yang turun dari kereta api. Akhirnya selepas sejam lebih kami mengelilingi taman dengan keretapi, kami mengambil keputusan utk balik ke penginapan(asrama), Driver train kami kata kami boleh mengayuh basikal jika kami mahu. 

But so sad, saya tak pandai mengayuh basikal. and untill now i m surrendder to learn how tu bike the bicycle. hehehehe.

Malam tu jadi malam paling bersejarah utk kami. kami buat open sharing. and disana terjadi perselisihan yang agak keterlaluan. saya sedar, tak semua org bleh menerima open sharing. Sometimes masa kita terlalu jujur, kita kan menyebabkan org lain terluka. (saya secara peribadi mohon maaf kepada semua rakan kelas 6 atas 1 ) 

Semua perkara yang berlaku dalam kelas merupakan sesuatu kenangan indah bagi saya. Takkan pernah kita dapat lakukan atau ulangi kembali. Saya sangat bersyukur sebab kawan-kawan saya walaupun banyak kali berselisih, kami tetap sehati. Khusus untuk beberapa peribadi, maafkan saya. 

Hari ketiga

Kami bersiap utk pulang ke SMK Lohan lo.. thats all

tapi kami ada singgah kat Tenom Town and Keningau  too. Nice Town. Heheheh...

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91