Geng Panda Slim

Wednesday, January 28, 2015

KOREK Rahsia Husband...

Korek rahsia? Hahaha jangan fikir bukan-bukan okay. Kami dah kenal terlalu lama. So banyak cerita antara kami.

Hurmmm
Rahsia apa? Kekeke aku saja-saja interview husband pasal kisah-kisah lepas. Bukan nak mengungkit. Saja nak tahu. Kami open.

Dah jadi tebiat kot... sebelum tidur browsing facebook dulu 😂😉. Dan tiba-tiba ternampak picture sorang pompuan... yang dulu pernah jadi punca hubungan cinta monyet terputus. Hahahahaha.. putus kejap je... tau la budak-budak kan... so terfikirlah soalan masa zaman kami masih budak-budak dulu... tak pernah berani nak tanya dia masa budak-budak dulu...  sebab kita ni siapa la kan... hahaha..

Tapi sekarang dah lain. Dah kawin. Dah ada Leona da pun... so nak tanya suami tu xde masalah dah. Dia pun x melenting pun... haha...

Soalan apa aku tanya?  Haha...

Macam-macam soalan. Some of it was not relevan. Soalan budak2 yang tak tertanya dlu kan... ditanya semula. Memang la tak tertanya. Hehe

Aku cuma nak tahu satu je yang paling utama.... kenapa banyak sangat girlfriend dulu...sebab aku nak tahu? Aku kata... untuk mudahkan aku memahami anak lelaki (WHATTTTTT?) kami nanti. Hahaha boleh pakai tak?

Dan menurut husband... dia ramai sangat girlfriend (berpuluh okay) 😁😁😁😂😂😂 sebab para pompuan tu yang sukakannya... dan dia ni pula jenis senang simpati... susah nak menolak sebab takut mereka sakit hati... dan hanya ada sorng pompuan yng dia sendiri suka... tpi pompuan tu x nampak pun dia. Muhaahaha... 

Tu masa dia tak matang...

Sekarang dah kahwin. Perangai dia dah beza... apa pun keluarga yang bahagia bukan yang sentiasa senyap tnpa pertengkaran. Tu namanya pelik. Haha...

Next question?  Nnt aku korek lgi.
*husband.. kalau u baca.. jangan marah k org post sini😉

Monday, January 12, 2015

Beg Sekolah 2015

Tahun baru 2015. Sesi persekolahan bermula hari ini. Pastinya banyak ragam.

Guru-guru mendapat murid baru... mendapat tugasan baru (mungkin).

Ibu bapa kembali kembali kepada rutin harian ketika.hari persekolahan untuk anak mereka... atau mungkin rutin berubah memandangkan anak sulung mula bersekolah.

Anak (pelajar) mendapat kawan baru. Darjah 1... tingkatan 1. Yang berpindah sekolah juga...

Mungkin pakaian baru... baju baru. Kasut baru. Beg baru... Stokin baru. Buku baru. Alat tulis baru... dengan harapan mereka akan lebih bersemangat.

Tapi berbeza dengan anak kecil dalam gamar di bawah...mengalir air mata melihat begnya... agaknya dia salah seorang mangsa banjir... atau mungkin keluar kurang berkemampuan membelikan beg baru... kalau saya jumpa anak kecil ini.. pastinya saya belikan beg baru untuk dia.

Tuesday, January 6, 2015

Cabaran 52 Minggu Simpan Duit.

Hurm ternampak kawan share laman ni kepada suaminya. Pantas saya pun teringin nak buat... dan akan buat. Alang2 tahun baru ni baru saja menjengah kan... so kita mulakan dengan langkah positive...

JOM la join bersama... yang untungnya diri sendiri tau... GOOD LUCK.
Klik link ni untuk pilihan yang lain... kita just print dah tampal kat mana2 bekas. Hehe...

Sunday, December 21, 2014

Punca Kepala Kepala Terasa Berat Selepas Bangun

Dah bersawang blog tak berupdate. Pagi Ahad yang indah ni sungguh menduga aku... apa tidaknya... bangun-bangun je pagi ini... kepala berat sangat... beratnya tu sampaikan kalau aku teleng kepala senget sikit ke belakang ke... depan ke... confirm aku boleh tumbang.

Bayangkan situasi tu... dan aku kena dukung budak kecik Leona ni. Risau dia terlepas je dari grip tangan... ye lah kan dengan kepala berat. Tak sakit pun cuma berat.

Punca? Tidak cukup tidur kah?.
Rasanya semalam Leona tidur dengan nyenyak. Adalah beberapa kali dia merengek minta susu... nak kata lewat tidur? Aku tidur pukul 11 kot semalam. Kira awal la tu...

Takkanlah kot... hahaha. Sebab semalam suami tidur kat lantai. Haha... sebab bila dia masuk bilik... katanya katil penuh dengan aku dan Leona aje... hahaha... so kira first time suami tak de kat sebelah..😜😜😜. Lol.

Tapi takkan kot...fikir-fikir punya fikir... dan aku dapat jawapannya....

Pasal apa? Aku sendiri sengaja cari pasal. Semalam aku layan Running Man kat YouTube dengan menggunakan Handphone saje... amik ko... kalau setakat 30minit okay la kot... ni aku habiskan 3 series Running Man. Skrin Handphone kan kecil. (Samsung S5). Tengok pula dalam gelap sebab Princess Leona ni memang ikut perangai aku... asal pasang lampu je confirm dia bangun dan tak bileh tidur...

Taubat dah lepas ni... tak nak tengok dah movie kat phone? Hahahha entah lah... tengok juga kot tapi bukanlah 3 jam lebih terus. Mampus...

Saturday, December 13, 2014

Promosi Christmas Di Sogo Shopping Complex

Semlam aku plan dah.. nak melawat tempat kerja lama sambil bagi mereka tengok baby aku. 😁

Taaaapiiiiii....

Aku ada agenda tersendiri...

Sebaik siap uruskan Anak aku yang di kasihi...
Aku bersiap secwpat mungkin sebab aku nak singgah Sogo dulu. 12 minit je pun dari rumah nak ke Sogo. Bukannya jauh pun...
Tapi malas ru nak pegi sebab sales hujung tahun ni memang ramai lah ke sana...

So aku plan nak datang sebaik kedai bukak. Hahaha... tapi sudahnye aku ke sampai Sogo 11.00 am lebih lebih... Harharhar....

Aku cepat-cepat menyopping... sebab nanti orang makin ramai... and yes.. tak sampai 30minit... ruang semakin sempit dan panas... arghh... Nana dah start tidur. Budak ni memang gemar tidur kalau berjalan... dan memang dah time tidur dia pun....

Aku grab aje mana-mana yang sempat...
Niat hati.. nak beli jumper je... sebab jumper Nana sakng ni yang Cuddle Newborn... kalau pakai sure kaki tak boleh nak lurus sebab da pendek. Hahaha...

Nak beli banyak tu aku tak nak... budak cepat membesar kot.. Nanti rugi banyak...  banyak baeang keperluan nana yang lain yang aku kena fikirkan...m hehe...

Dah menyoppinng... aku segera keluar dari Sogo.
MAK AIH.... MAKIN RAMAI....

Thursday, December 11, 2014

Membersihkan Gusi anak/bayi

Perlukah anak sekecil Leona berus gigi atau tepatnya berus gusi? Jawapannya...

Salah satu barang yang saya beli sekali dengan baby bullet dari lazada adalah Baby Japlo Gum Brush. LEONA kini mencecah umur enam bulan dan semestinya akan makan solid food dalam 2 minggu lagi.

Bayi yang sudah mula makan harus dan sangat penting untuk kita bersihkan gusinya bagi menjaga kebersihan mulut... dan juga menjamin pertumbuhan gigi susu yang elok.  Mengelakkan karies gigi bayi kata doctor.

Berapa kali kena berus gusi bayi ni? Buat lah dua kali ke tiga kali sehari... senang cerita macam orang dewasa ler....

Kalau tak nak pakai alat ni pun boleh... pakai towel basah je... tapi aku prefer alat ni. Sarungkan ke jari kita dan masukkan ke mulut bayi. Mudah nak gerakkan jari kita dalam mulut anak... kalau kena gigit... tahan sajalah ye.

Comel je kan.... ada dua pieces pla tu...berbaloi kan...
Paling penting BPA FREE dan Cute. Haha


Saya agen shaklee

Wednesday, December 10, 2014

PRE -Review Baby Bullet Baby Food Processor

Beberapa hari lepas aku shopping lagi kat lazada. OMG. Jangan kata aku boros ye. Aku beli keperluan anak. Tu pun selepas didesak suami untuk beli juga baby bullet tu. Senang kerja aku nanti katanya. Mana lah tahu aku tiba tiba terbusy amat kat rumah ni.

♡♡Baiknye suami aku kan kan kan... love u encik Gab... (mata kelip2)

Okay aku berjaya beli babby bullet tu dengan harga RM70 sahaja. Di Lazada.com. shopping mall online. Hehe...

Bila baby bullet tu sampai... aku test semua... terutamanya storage tu. Aju try pusing date dial tu.... sebab aku baca review kata ketat nak pusing. Tapi yang aku dapat ni... syukur.. semua mudah je nak pusing pun...

Ada juga yang komplen pasal pisau grinder tu tak ada suis on/off. Hello cik akak... ko baca tak kat manual dia... memang tak ada... lain kali baca dulu okay... thats fine for me... sebab aku beli pon RM70 je kot... so nak operate benda ni kena tekan badan blender tu...

Komplen lain yang aku baca adalah tray untuk sejuk beku pure tu xada penutup. Hurmmm senang je nak setel sebenarnye.. ko beli la container yang ngam2.. masukan bekas tu kat situ... nak seribu daya... tak nak seribu dalih okay....

Ada juga yang kata... tak boleh nak blend lama2.... kalau tak nanti keluar bau hangit. Dalam manual book dia... dia dah kata dah... seminit je per-blend... ape susahnye? Lagipun baby punye food ni ko oena steam or rebus dlu la hehe

Baca lah dulu okay....dan dan dan kenapa la main pakai je terus tanpa baca manual yang cute tu... aku heran betullah. Hehe....

Tak sabar rasanya nak buat puree macam-macam untuk Leona @ Nana... dia sendiri aku tengok dah tak sabar nak makan. Badan dia makin kurus aku tengok... mungkin sebab keperluan dia dah meningkat. Susu badan sahaja dah tak cukup. Moga aku rajin serajin rajinnya buat puree pelbagai untuk dia...

Lagi 16 hari. Sabar ya anakku.  Nampak aku makan kari ayam dengan nasi pon dia nak... sikit lagi aku nak suap dia makan. Haha

Saya agen shaklee

Blog Re-Making hampir siap.

Akhirnya 80% blog remaking siap.... huhh cabaran sungguh la hai ..  masalah datang menimpa blog aku. arghhhh.... tension sangat sebab aku ni dah tak mahu ubah nama blog dan bubuh benda benda mengarut.... tapi nak buat macam mana.... blog aku tiba tiba bermasalah.

Mula mula header aku hilang. lepas tu bila nak share entry ke facebook atau whatsapps... tajuknya hilang.... atau lain aku nak share...benda lain yang keluar. Sungguh aku sakit hati.

Nak pasang balik iklan nuffnung tu pun aku dahbterkial kial dan stress nak mencari benda tu. Syukurlah ada kelab blogger Ben Ashaari Borneo. Mereka tolong aku.. walupun tak membantu. Hahahah....

So check it out... aku nak letak new blog list kat blog aku ni. So sesiapa berminat nak exchange list... sila tinggalkan Url anda di bahagian comment. Tq. Especially KBBA dan extra special untuk KBBA BORNEO.

Saya agen Shaklee

Tuesday, December 9, 2014

Buah Pelik yang Sedap Di SABAH.


Buah ni banyak kali aku tanyakan kepada kawan-kawan semenanjung. Sejak awal aku ke semenanjung sehingga sekarang, tidak pernah jumpa pun buah ni dan tak pernah ada sorang pun mengaku kenal buah ini.

Errr terasa diri terlalu rural kejap. Hehe. Bah... kenapa dengan buah ini? Kami (orang sabah) panggil buah ni dengan nama buah tarap.

Sebelum mengandung hari tu... suami mengidam nak makan buah ni. Rasanya lemak manis.... macam nangka tapi isinya lebih lembut dan baunya lebih wangi dan sedap.

Boleh di buat kuih juga tapi aku lebih suka makan begitu sahaja. Kalau dah ranum la. Bijinya boleh di goreng tanpa minyak dan dimakan gitu saja. Macam kacang...

Aku juga suka makan buah ni mentah mentah... hehe tapi kena tunggu buahnya cukup matang tapi belum ranum. Kena pandai pilihlah. Lamanya tak makan buah tarap mentah... makan macam snek je... makan macam makan buat apple...

Boleh juga dibuat sayur. Pun sebelum ianya ranum lah.... lebih sedap tarap muda dibuat sup ayam ataupun digoreng dengan sardin...  perghhhh lamanya tak makan... balik kampung mesti tak kena musim buah. Tahun depan aku nak balik masa musim buah.. supaya aku boleh join pesta durian di Ranau dan makan buah tarap sepuasnya. Haha... eh terlebih sudah.

Hurm kalau ada sesiapa rakan di semenanjung yang kenal akan buah ni dan tahu di mana bolwh didapati... mohon jasa baik untuk contact aku ye. Apa lagi jika terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

Saya agen Shaklee..

Saturday, December 6, 2014

PEMBUATAN Nugget

Nugget? Saya bukan penggemar Nugget. Tapi pernah juga makan sesekali. Dan selepas apa yang saya perolehinpada hari ini.. saya tidak mungkin akan memberikan nugget kepda keluarga saya... ughhhh....

Menurut SURI DAMAN. 
Menurut pemahaman saya... beliau ini adalah pelajar dalam bidang pemakanan.

Beliau dan beberapa orang rakannya telah membuat tinjauan terhadap pendapat dan reaksi orang ramai akan makanan segera 'nugget' ni.

"Diperbuat daripada segala sisa lebihan ayam seperti bahagian kepala.. organ dalaman... kaki dan tulang tulang ayam... di hancurkan dan di jadikan nugget... no waste:

Sampai part tu aku dah ughhhhh..... sampah rupanya nugget ni... sama kes la dengan sausage.... ughhhhh.....

Jadi terpulah pada anda kalau masih nak makan nugget ni selepas ni...(rujuk screenshot untuk lebih lanjut mengwnai ulasan Suri Daman)

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91