Geng Panda Slim

Wednesday, April 23, 2014

Penawar Sembelit Gastrk dan Back Pain Aku

OSTEMATRIX. SHAKLEE

Product yang sungguh hebat. Penganti kalsium so x perlu kita nak harung. Susu bergelas gelas sehari. Itu memang aku punya perangai yang tak sukakan susu sangat…

Antara kesan oste yang menakjubkan:

-          Kebas badan tiada (lazim bagi ibu preggy macam ku ni)
-          Sakit belakang/back pain aku berkurangan
-          Gastric tiada menyerang lagi. Ini memnag super wow. Sebab aku mmng mudah
-          kena gastric..
-          Say bye-bye to sembelit, yang ni aku paling suka dan superb!!!! Sebab aku memang sembelit sebelum ni.. muhahaha. Terus terang beb.,…

Nak cerita sedikit lanjut bout sembelit… dulu kan aku ni penghidap sembelit. Siap kena ambil julap. Aku memang risau gila part ni. Aku ni pemakan sayur. Penggemar buah tapi mungkin system perkumuhan memang problem… so tetap sembeli you… huhu… tapi after consume Shaklee OSTEMATRIX, kesannya wow…. Hehe… You all boleh bayangkan I punya lega boleh membuang setiap hari tanpa masalah walaupun I sedang preggy ni hehe.

Doc cakap jerawat teruk yang aku alami sebelum ni pun sebab aku ni buang x betul.. ahhaha.. ye la kot. Sebab sekarang muka ni mmng betul2 bebas jerawat. Huhu.. best kesan dia…

So berminat x dengan Ostematrix…? Sorry you Guys lagi tujuh ari promotion nak abis baru updet hihihi tu pun kalau ade yang baca… minta2 ada yg baca…

Ok promonye buy 6 free 1
Hehe…


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Sunday, April 13, 2014

Bijak Memilih Vitamin


Ada orang cakap vitamin SHAKLEE ni mahal… aku tak nafikan… aku pun rasa macam tu juga dulu.. tapi sekarang aku dah tak rasa macam tu dah. Malahan aku akan beli ikut keperluan aku dan Suami. Sebab sekarang aku faham untuk kekal sihat adalah kunci kebahagiaan hidup.

Aku memang dah lama berjinak-jinak dengan supplemen ni.. tapi yelah student dulu mana ada duit nak beli banyak banyak kan. Lagi pun dulu aku kurang bijak. Hahaha nak yg murah je tapi x fikir masa panjang,

Aku bagi Contoh okay,

Vitamin C Brand X = RM18.00 – cukup untuk 10 hari jew,,, 

Sustained Release Vitamin –C Shaklee  = RM 92.50 – cukup untuk 6 bulan…

Wow sangat berbaloi kan… bagi aku la.. kalau x percaya cuba tengok kira kira aku kat bawah ni….

Vitamin C Brand X –

10 hari – RM18
20 hari – RM 36
30 hari – RM 54 (sebulan)

Kalau nak untuk 6 bulan = RM54 x 6 = RM324???!!!!

Kalau anda beli vitamin C dah jimat dah RM231.50 owh…

Kalau spend RM231 tu untuk beli vitamin lain dari SHAKLEe, dah dapat macam-macam dah. Hmmmm…

So SHAKLEE sebenarnya mampu milik… ada banyak vitamin yg sesuai untuk pelbagai keperluan tubuh manusia…

Berfikirlah panjang sedikit… utamakan kesihatan anda sebelum anda berjoli/bershopping sakan… lagipun best ke shopping sambil selesma…? Tubuh manusia memang sangat perlukan vitamin C untuk menentang Selesma yang sangat common menyerang kita ni… kalau yang selalu sakit demam selesma tu memang sangat sesuai lah anda ambil vitamn C shaklee ni… nak tahu lebih lanjut hubungi saya…


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Monday, March 31, 2014

CAPTAIN AMERICA



Good Morning All,

Shaklee ESP Last Dat Promotion Buy 6 Free 1…

Semalam aku dan husband p tengok movie Captain America. Dua jam yang memuaskan dan tak rugi. Sampaikan Husband cakap… nak tengok sekali lagi.. tu memang terbaik la tu hehehe..

Personally aku bagi 5 Stars bagi movie ni. Dari awal hingga akhir Jalan ceritanya amat konsisten. Walaupun padat dengan aksi tetapi semua lengkap, emosi, aksi, persahabatan, 2% kisah percintaan, dilemma hero pun ada. I love it…

Bagi tahun 2014 – This the first movie yang sangat memuaskan aku. Memang rasa nak tengok sekali lagi. Hehe. Next week nak tengok The Divergent.  Rasa macam nak tengok juga Need For Speed tapi takut kecewa hehe… Movie kereta ni aku suka Fast And Furios je so far. Hehe..

And for the following week nak tengok Rio 2. Tehehe.. Memang kaki wayang..
Eventhough my Pregnancy dah nak genap 7 bulan ni, I am still KAKI Wayang. Hehe…Baby ikut perangai MOM and DAD dia jadi kaki wayang xpa. Jangan buat ebnda bukan-buakn sudah. :P.

The Reason is… Lepas ada baby, memang mustahil la nak tengok wayang dalam panggung untuk setahun dua kan… Ko GILER ke nak bawa anak kecik masuk panggung? Sound sikit punya kuat.. boleh rosakkan telinga kanak-kanak. 



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.


Wednesday, March 19, 2014

Perut Keras : 25weeks Pregnant



Hamil 25 weeks, macam-macam perkara baru aku alami…
Terbaru ni dalam 2 days before je start…
Baby semakin kuat bergerak dalam perut. Kadang-kadang boleh terkejut.

Masa tidur tu boleh sampai terjaga dari tidur… dan kalau belum tidur… susah nak tidur.
Syukur laaa… ,makan SHAKLEE SUPPLEMEN… so walaupun kerap terjaga di waktu malam… aku  masih segar pada keesokannya dan mampu bekerja. Tidak la seperti dahulu (sebelum mengandung), aku kerap ambil mc sebab pening dan sakit. Sekarang… syukur.. sudah berkurang.

Dan lagi, sekarang ni kerap sangat perut keras. Risau juga. Kenapa boleh jadi keras semacam perut. Esok nak cek up dengan doc… hope hemoglobin makin stabil dan juga nak Tanya doc kenapa perut kerap keras heheh…





SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Thursday, March 13, 2014

SHAKLEE : Hemoglobin Rendah Semasa Mengandung



Payah betul aku nak update blog. Berbulan blog ni bersawang. Bukan tak ada keinginan tp malas tu melebihi segalanya. Wakaka

Usia kandungan mencecah 24 weeks.  Aku mengalami paras hemoglobin yg rendah. Hanya 7.9g. turun sikit lagi confirm kena masuk darah.  Huhu tak mau aku. Para nurse dan doc di KKIA aku pegi tu menasihatkn aku untuk makan iron tablets and makan banyak hati ayam dan sayuran hijau.

Sayuran hijau tu aku memang makan. Iron tablets yang coklat dan maroon tu pun aku makan tiap ari… tapi selepas 3 bulan hb aku malah drop ke 7.9??

Aku jadi risau. So aku Tanya doctor boleh tidak aku ambil supplemen tuk gantikan iron tablets tu. Dia cakap, yg klinik bagi adalah yang terbaik keep makan. Aku diam saja.

Tapi sebagai ibu yang risau, aku dah tak boleh tahan dengan iron tablets dari KKIA ni memandangkan xada perbahan sejak 3 bulan lepas.

Jadi apa aku buat, aku decided untuk beli SHAKLEE supplement. Aku dan suami dah berbincang, kesihatan dan anak kami ni lebih penting. Kami tutup mata dan beli Shaklee pregnant set (Vitamin-C, Vita-Lea, B-Complex, Omega Guard, ESP dan Ostematrix) sekali dengan daftar jadi member. Cadang nak bisnes Shaklee juga. Hehhee

Syukur sangat, selepas 2 minggu consume je, next appt dengan doc, HB naik ke 8.9. wow… sangat berkesan kan? Penyerapan iron itu sangat bagus aku x rasa pening dan nak muntah seperti yang aku rasa masa aku makan iron tablets dari klinik.

Badan pun rasa sangat bertenaga dan xla rasa letih sangat. Even kadang2 aku ni kena bekerja dari pukul 8am ke 8.00pm. ataupun kadang2 9.00am ke 11.00pm. penat itu tidak la seteruk mana pun. Tambah lagi sedang mengandung ni.

Jadi kepada para ibu mengandung yang mahukan supplement terbaik, jangan ragu-ragu dengan Shaklee.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink  ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Monday, January 13, 2014

My 16th Weeks.



I complete my 16 weeks of pregnancy. Yeay!!!. Hihi another 24 weeks. Congratulation My body… bertahan sampai anak mummy selamat di lahirkan.

Tabiat baru Husband sekarang ni, setiap kali ada kesempatan pasti akan bercakap dengan perut (a.k.a baby) aku. X kira masa dan kadang2 tanpa mengira tempat hahaha, aku yang jadi malu. Hehehe. Bahasa yang digunakan Husbang pula hanya di fahami oleh husband. Even baby pun tak faham kot. Haha. He really enjoy his first kiddo. I can see his happiness thorough the shine on his eyes and also his body size. Haha… tapi aku selalu ingatkan dia, tidak elok bercakap dengan anak dengan bahasa seperti itu. Kelak anak akan ada masalah pertuturan. Nak Tahu lebih lanjut baca kat Masalah Pertuturan

For me pula, memang aku enjoy dan sangat2 happy dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku dan Gab.

Rasa sangat bersyukur atas pemberian Tuhan pada kami berdua…

#### PssssTTT… org ckp jagan bagi nama awal-awal.  Tapi aku dan husband sangat excited. LOL


Yang Penting HATI Bah.

Friday, December 20, 2013

My 13weeks Of Pregnancy.



Hi all, 

Kandungan sekarang sudah pun melepasi trimester pertama. Thanks GOD, cepat  morning sickness aku hilang. Esok Baby ni officially 13 minggu. Hehe… lagi 27 weeks.  Husband cakap dah tak sabar nak tengok muka anak sendiri. Haha dalam ati aku pun sama. At the age of 26 (me) and 28 (husband), we will have our first precious one. Quite young couple for some peoples around us as our office mate said. But for us, this is better plan by GOD. 

Pengalaman aku pasal alahan ni, xde la banyak mana pun, for this time, aku xde la rasa teruk mana. Mual dan pening hanya 2 minggu je (week 4 to week 6). After that aku rasa mabuk sampai week 9. 

Sekarang rasa pening, mual  dan mabuk dah ilang. Sesekali aku akan rasa bila perut kosong. Maksudnya aku kena pastikan perut aku sentiasa ada makanan untuk baby serap. ~how lovely kan~ Bagi aku paling penting ialah makan. Kalau tak, aku akan muntah. 

Cuma, aku sangat cepat letih terutamanya bila menghadap Komputer. Nak nak lagi kerja ni berhadapan dengan computer every day. Lenguh badan dan sakit mata (mungkin rabun). 

Not Me, but mine is quite like hers...

~26.12.2013 – next check-up with doc. Hope baby health….~

Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, December 18, 2013

Aku Bukan Withdawal Machine (ATM)



This lately, aku rasa macam bank. Selang dua hari aku dapat call untuk minta duit.
Am I too loaded dan di lihat berduit?
Aku rasa aku pakai biasa saja, tinggal bukan di banglo mewah.
Makan pun everyday makan homemade dish except lunch.
Tapi aku hairan kenapa aku di sasarkan untuk tempat withdraw duit.
Bila di kata tidak ada, tetap memaksa. Ibarat kad kredit. Cash kering, disuruh berhutang tapi untuk kegunaan orang lain…
Aku bukan bank. Aku pun masih berhutang ni kan pla nak hutang untuk orang lain guna.
Aku ni penakut, card credit offer pun aku tolak walaupun sebenarnya baik untuk kecemasan.
Sebab aku takut berhutang. Aku tak berani dengan konsep guna dulu bayar kemudian melainkan dengan institusi bukan kewangan yang terlalu mencari untung.
Pening aku dengan situasi ni. Serba salah tidak dapat membantu. Tapi nak bantu macam mana jika cash yang ada cukup2 sehingga gaji?
Nasihat aku, memang semua orang suka duit. Tapi duit skang ni payah nak cari, senang nak abis. So jangan la seberani-berani sangat mengambil risiko bermain dengan sejumlah duit yang banyak sampai puluhan ribu. Ratusan pun aku da x sanggup.

~Sekadar luahan ~

Monday, November 25, 2013

Mendaftar Ke Klinik Ibu dan Anak. (Pengalaman Pertama)

25 November 2013, 1st time mendaftar ke klinik Ibu dan Anak Pandan Dalam. 

Bermula dengan sesi menelefon operator meminta recommendation klinik terdekat. 

Kemudian bersiap, take a taxi. Kena tipu oleh pak cik cina taxi. Dah la dia menipu, aku bagi lagi extra duit hehe. Xpe la. Rezeki uncle cina tu. 

Sampai klinik 9.14am, orang ramai gila. Nak berebut tapi tak dapat. Selesai diberi nombor, dua buah buku Pink (Buku Merah kata orang, tp kaler nye pink ape), form untuk cek breast condition and ada saatu form kecil. Aku tak ingat. Haha…

Ambik air kencing, cek, normal, timbang berat badan, 54.5kg. turun hampir 4kg berat aku. Lepas tu aku duduk sampailah dalam pukul 11.30 baru giliran tiba untuk masuk bilik 6, cek tekanan darah and sesi interview, BMI cek, dan ukur tinggi.Tak bertambah pun tinggi aku sejak  tahun 2004, tetap 153.5cm. haha. Sempat nurse tu bebel sebab aku tak isi lengkap buku pink tu (x isi butiran suami, haha, aku tak perasan kot bahagian tu). Aku terima ja la. Salah aku kan. Nurse dan doc cakap... tindakan aku tepat kerana datang daftar lebih awal, dan aku di nasihatkan untuk dtg awal pada kehamilan akan datang (hahaha) seperti kali ini.

Then aku kena suruh ambik darah. Part ni aku paling takut. Terketar-ketar aku menghulurkan lengan kiri. Masa nurse cucuk tu aku toleh arah lain. Tiba2 nurse cakap dah siap. Aku tengok dah selamat spica-gari darah aku dalam tangan nurse. Haha. X sakit pon.

Then aku duduk lagi sampai pukul 1.10, jumpa nurse kat bilik 5, dia cek breast. Hahaha… Malu aku seyh… then dia sembang sikit2 dengan aku. Aku Tanya macam-macam, senyum je nurse tu, dia bagi appointment 26.12.13. selepas Christmas tu…. Tapi aku setuju je sebab x balik Sabah pun. Xde cuti dah. Hahaha… lagipun suami juga cuti masa tu. Ok la ada teman. Pas tu aku jumpa doc. Part ni yang aku tunggu2, sebab nurse kat bilik 5 inform… doc akan bagi salinan scan baby. Waaa tu yang nak tengok tu… hehe. Doc cakap baby dah ada bentuk dah. Hehe… 

Pukul 2.05pm aku da sampai tesco. Makan Tom Yum Kung Secret Recipe. Menggeletar kelaparan!!!

#Kesimpulannya... bagi aku buat check-up kat Klinik Government ni xde la pahit sangat seperti yang aku bayangkan. nurse xde pun nak sekolahkan aku. hehe. bagi aku ikut pandangan org la.... aku ambiksemua tu positif ja. demi baby tersayang kan...so, sila la bakal ibu yang lain buat check up kat Klinik GOV k. Free ja. Teliti lagi.Masa je la kena korban sikit.#

Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, November 19, 2013

Makanan Untuk Tambahkan Paras Hemoglobin (Darah Merah) untuk Wanita Pregnant



Sabtu lepas aku dan suami cek dengan doc for second time untuk tengok denyutan jantung baby. Wah excited sangat dengan baby 1st ni. Doakan semoga tidak ada apa2 yang tak baik berlaku pada kami berdua especially my baby ni.

Balik pada cerita sabtu lepas, doc dah tunjukkan jantung baby. Denyutan jantung baby slow sikit dari aku. Hehe. Selama ni aku tengok kegembiraan org dalam tv je bile Nampak baby dalam perut. Tapi sabtu tu, baru lah aku rasa betapa bestnya perasaan itu.  Bila doc ckp ada satu je dalam rahim suami pla cakap ada dua. Haha… Excited suami aku.

Aku ni mempunyai paras hemoglobin yang rendah sikit dari normal. Aku ada 10.2 je. Tu yang membimbangkan aku tu. Takut ada apa2 komplikasi x ok pada baby. Beberapa petua aku dapat dari rakan-rakan dan adik ipar aku. 

1st, tu Brown Rice. Brown rice bagus untuk tambah paras hemoglobin dan bantu bekalkan kalsium yang cukup pada baby so that xdelah kalsium kita sendiri kurang. Broen rice kt tesco ade kan? Hehe. Kalau dapat yang kat kampung tu mesti lagi superb… aku akan try consume Brown Rice a.ka Beras Tadong dalam bahasa ibunda aku bila kandungan cecah 4 ke lima bulan, bajet kot, lainla kalau boleh dapat yg original made from Ranau, SABAH. Dari kecik2 dulu aku memang suka beras perang ni. Tak tahu pla beras ni bagus untuk hemoglobin.

2nd, is Kerang. Haa ni masalah aku, aku tak pandai masak kerang. Makan aku reti, masak minta maaf. Haha. Dah la sekarang ni aku masih xleh terima bau-bauan masakan yang melampau. Nak g masak kerang ni. Seumur hidup x pernah. Tapi ramai kata memang kerang ni bagus tuk tambah darah. So nampaknya aku memang kena belajar atau pun kena paksa suami aku belajar masak kerang. Sebab kerang murah je kan? Hehehe Sedap lagi. 

Well itu je for now. Jumpe lagi…

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91