Geng Panda Slim

Wednesday, October 19, 2011

Bila Dah Silap, Betulkan Saja.

“Mum, Terima kasih sebab mum bersabar dengan semua karenah ku selama ni. Aku dah buat mum sakit hati banyak kali hanya dalam soal yang remeh seperti ini. Mum mencuba sedaya upaya menyedarkan anakmu yang satu ini. Memberikan aku fikiran. Berusaha memberikan aku jalan berfikir yang betul.
Mum, kalau mum perasa, sebenarnya aku selalu mengelak dengan semua perbincangan yang menjurus kepada persoalan pokok kita. Dan mum dengan rela akan melupakannya dan mum kembali melayan karenah anakmu yang sudah berumur 22 tahun ketika itu. Dan kadang2 kalau mum insist untuk bercakap soal itu, anak mu yang satu ini akan memberontak. Melawan habis-habisan segala cakap mum.
Maafkan anakmu ini mum, bukan niat mahu menyakitimu tapi hati ini terlalu menderita sekian lama dan anakmu ini hampir hilang kerana masalah yang satu ini. Mum I’m sorry If only I know how to fix it soon; you will never hurt like this.
Mum kepulangan aku yang lepas membuat aku mula berfikir. Tu pun setelah dua tahun mum. Aku mula terfikir sebab mum masih memperkatakan hal yang sama tiap kali anak mu ini kembali ke kampung. Dan aku masih kurang jelas hingga kita masih bertekak beberapa kali untuk hal yang sama. Mum, mungkin kedewasaan memberikan aku kematangan berfikir dan perlahan aku mulai menerima kata-katamu. Mungkin mum tak akan percaya tapi cukuplah andai mum gembira dengan keputusan yang aku buat. Cukup jika hanya mum bahagia melihat anakmu ini menurut katamu. Aku juga sudah bahagia mum.
Bersyukur aku pada TUHAN kerana DIA memberikan ruang untuk aku menyenangkan hati mum. Terima Kasih TUHAN. Ramai orang mungkin menentang dan tidak setuju dengan apa yang aku lakukan, tapi terima kasih pada teman2 dan keluarga yang mengerti dan sebab aku melakukan semua ni. Bukan kata orang yang aku nak tapi aku Cuma mahu gembirakan orang yang penting bagiku.
Terima kasih mum kerana nasihat mu kini aku lebih bahagia dengan kehidupan ni. Lebih menikmati apa yang TUHAN sudah sediakan bagi aku sejak awal dahulu.”

Ketika aku sedar akan kesilapan aku, aku mula mempertimbangakn untuk membetulkan apa yang silap dan walupun rasa agak perit dan pedih namun aku tetap dengan keputusanku, Semakin hari aku semakin bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan aku cukup Bersyukur akan hal itu. Dan untuk melaksanakan juga bukan mudah bagi aku. Berbulan juga masa yang aku ambil dan akhirnya aku kini benar2 bebas dari masalah yang terhasil daripada cubaan itu. Lebih baik daripada tidak sedar langsungkan? Dan TUHAN terima kasih kerana berikan aku Seorang ibu yang penyayang dan tahu yang terbaik untuk kami anak2nya.




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Sunday, October 16, 2011

Untuk Buat DILL Jealous (:P)


Entry ni untuk buat C DILL jeles jee.. hehhehehe...


DILL aku da makan da Tutti frutti smlam. Hahahhaha jgn jeles yeee.... na bleh je tengok picnye... :P

Pic kat atas tu Semalam Punye... tu dah RM13.50 hahaha MURAH kan? tapi Memang sedap BAH!!

Yang kat Bawah Ni pula sem lepas lagi. yang ni lagi mahal. RM18.00 :) tapi memang ppuas ati la makan. Strawberry adalah yang paling sodap tau. :P
So apa lagi nak tunggu g La makan yea... sodap tau...


~ Ni pasal keja tak de aku update la blog ni dulu hahaha....Kesian ngan si DILL kan? Jangan marah ye DILL aku takde kerja bah pagi2 ni hehe...




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Friday, October 14, 2011

Daripada Chomel Kepada KIUT

♫♫ ♫♫ ♫♫♫ ♫♫♫ ♫♫♫ ~~~~Ringtone Tadau Kaamatan aku berbunyi... ( hahaha ada pula kan) segeraa aku capai c henpon dan unlock dan open the message...
      “sila datang ambil bungkusan anda di pejabat taman bahtera. Tq”
Wah, sapa antar kat aku ni... aku terus tersenyum lebar dan aku dah agak da sapa yang antar barang tu.... hihi... well ni la dia.. aku sempat snap benda2 chomel chomel dan kiut miut pemberian orang chomel kepada orang KIUT macam aku hahahaha....
Well terima kasih pada TREX tau... benda2 ni dia yang send kat aku... sayang ko TREX.., memang comel2 semuanye.. aku minta dua dan die bagi tiga wooo... hehehe... thanks trex... ur so so cute....


From TREX :P

pssstttt dalam sampul ada sampul tau..... :P

Eh berapa banyak sampul daaaa~ :P

PUNGIT, PUWOK, YOMU 
Da ada Sijil Lahir da hgehehhehe
Eeehhh ada pesanan tau...  Cantik apew.. i likeeeeeeeee 100x
Zoom Lagi.... :P

Haaa ni la mereka sekeluarga :P


Teman Buat asgment ni.... ( Assignment keee)
*~* P/s: Benda2 ni macam  nak aje aku guna untuk Sesi pengajaran Makro nanti.. ehe, boleh ea tuan yang beri????



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Monday, October 10, 2011

Rendam Muka ( Face Soak)



hoLAAAA all...
aku tau la kekadang kan aku tak sepatutnya buat macam ni macam tu tapi terbuat jugak hahaha.. apakah masalah yang aku hadapai? Adakah aku kini hanya insane biasa tiada apa-apa? Hahahha.... alahai nak je aku buat diriku bagaikan tapak sulaiman.. uisey....
Situasi 1
tadi mandi kul 8.15 pm tadi kan,, aku tak tau le kenapa aku terbuat juga benda tu... aku p rendam muka aku dengan... ???????????.... aku p rendam dengan Garnier Light Foam aku tu... aku sibuk nak bilas kain baju aku, terlupa pula aku nak basuh muka yang da di cuci dengan Garnier Light Foam aku tu. Apa lagi dalam 5 minit berendam, kulit muka aku da jadi pedih.. uwaaaa (nyanyuk da ke aku ni huhu)
Situasi 2
Tak tau dah bile dan berapa kali da buat benda ni. Aku sibuk sangat kot dalam bilik air... dah sibuk tu nak berus gigi la kononnye... haaah... aku dengan selamba je ambik Garnier Light Foam dan bubuh atas tooth brush Systema in Yellow aku tu... dah gosok belah kiri baru sedar rasanye laen macam... huuuuu  < _ >

Situsi 3
Aku rasa la kan, benda ni semua orang besa buat, tapi tak terbuat berkali2... aku selalu silap letak body shampoo kat rambut dan sebaliknya.. agaknya apa masalah aku ye... A. Nyanyuk, B. Pikun, C. Sot-sot, D. SOT.????

Aku akui, aku melayang dalam bilim air. Sambil menikmati air tu kan.. fikiran melayang sampai paris, kadang2 aku u turn dulu ke Jepun dan Korea. Sempat singgah Laut mati pun ye juga.... Lepas tu aku siap mendarat sekejap kat Taj mahal....

~ entah laaa aku pun tak tau~



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Tuesday, October 4, 2011

Pasal Praktikal


Hi all...
Hari ni apa kabar? Dah makan semua? Cikgu tak makan lagi.. cikgu diet hehehe... meracau jap

Eam sem ni aku da dalam semester enam (6) kat UPSI ni. Dah nak habis da wa cakap lu... hehe. 

Sem depan dah kena praktikal dah. Dan aku memilih untuk praktikal di Pra-sekolah Dato Kelana, Tapah. Gementar juga fikir bahawa aku akan bakal berhadapan dengan situasi pengajaran sebenar dan menjadi cikgu selama 4 bulan. 

Aku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar dan memuaskan. Semoga segalanya baik2 saja dan aku dapat mengajar dengan sempurna. Rasa rendah diri juga dengan pencapaian diri ni banding dengan orang lain. Tapi tak ada yang mustahil kalau saya berusaha.

Doakan saya ye.. sapa2 yang tinggal kat Tapah tu bantu2 la saya cari rumah sewa... risau sangat ni pasal rumah sewa. Tak tahu nak minta tolong dengan siapa sebab memang tak pernah sampai Tapah lagi selama ni.
Rasa risau pula. Banyak benda kena setelkan.. Omaigad... mampu ka badan? Hehehe moga diberi kekuatan dan sumber tenaga oleh TUHAN untuk menguruskan semuanya.

~org lain nak praktikal tak kecoh macm aku kan? ~ ehhe




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Monday, October 3, 2011

HIdup Di KL


Hi all...
Entry ada juga malam ni sebab aku escape meeting hahaha... bukan la ba.. tapi I’m not feeling well ba.. rasa demam yang pelik. Rasa panas dan sejuk pada masa yang sama... huhu memang la sudah kena penyakit ni macam huhuhu...
Tadi Nampak status kawan kat FB cenggini “I can't imagine myself begging for food and money on the street”.
Aku teringat terus situasi yang aku Nampak few weeks before. Aku sedang berjalan menikmati “keindahan” kota kuala lumpur d bukit bintang. Tem aku nak masuk ke Plaza Sungei Wang, aku Nampak dua orang abang polis x hensem. Diorang (mereka) sedang berjalan2 dan meronda2 kat depan PLAZA tu... aku mengikut dari belakang sebab aku memang tergerak nak ‘Observe’ apa yang abang polis tu buat.
Sampai kat satu part aku Nampak diorang berhenti. Aku berhenti tak jauh dari mereka dan pura2 membelek2 beg2 yang ada.
Abang Polis: As... ( greating for Islamic). Mak cik ni orang mana?
Mak Cik: Wa...(replying the greating) mak cik orang Myanmar Enchek.
Abang Polis: Ooo... ni anak ke mak cik?
Mak Cik: A’ah anak mak cik.
Abang Polis: Dah lama dah duk Malaysia?
Mak Cik: Dah lama dah, sebelum anak mak cik yang tu lahir...
Aku alih pandangan kepada anak yang di maksudkan dan aku melihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun. Ooo Tuhan dalam hati aku terdetik kasihan. Melihat pada sang anak pakaian compang camping. Kain tak berbasuh. Spontan aku terfikir tempat tidur mereka... makan minum... dan aku mendengar sedikit lagi...
Abang Polis: Suami mak cik mana?
Mak cik: Suami dah pergi jauh la enchek... sudah tak mau saya dah...
 Sebak terasa... kesian dengan mak cik tu... ditinggal dengan anak baru dalam umur 3 atau  4 bulan. Bagaimana nanti nasib anak-anak itu? Si ibu pula sudah kurus. Tidak makan berhari2 mungkin. Aku tengok si abang polis pun sebak juga tengok keadaan mak cik tu. Sayang sekali tak da apa-apa yang saya dapat lakukan. Menghulur sedikit mungkin membantu mereka untuk hari itu. Abang polis berdua juga menghulur pada Mak cik dan mereka pun berlalu. Aku juga berlalu. Kasihan melihat si anak kecil masih lagi di gendong. Bahkan masih menyusu dengan ibunya. Kesian...
~ kadang2 ramai juga orang mengemis yang saya jumpa tapi jarang sekali dengan situasi macam tu. Hanya doa untuk mereka~





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Sunday, October 2, 2011

PAGI AHAD


Happy Sunday all... pepagi aku da terbangun dek kerana orientasi  adik2 baru masuk U. Huhuhu.. dah tutup suma tingkap n sliding door... tapi rumah ni tetap masih tak kedap bunyi.. huhu haha.... baik la aku bangun dan buat apa yang patut... sudahnye... aku update blog yg dah agak jarang diupdate banding dulu. Rasa nak menerjah je pagi ni.  Sao aku akan terjah sekejap lg la blog2 yang betuah...

Tapi sebelum tu, 

Aku nak minta maaf pada semua orang kerana kebelakangan ni bagi yang ada buat lawatan kat blog aku, mesti agak hairan sebab bloglist aku dah enntah kemana dah kan? Aku minta maaf ye, aku bukan sengaja nak remove semua... aku reconstruct balik telate ni.. rasa nak tukar je tapi bila dah tukar semua bloglist tu hilang pula... so sekarang ni aku nak update entry dan modified sikit2 blog aku ni...





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Thursday, September 29, 2011

Ada Boyfriend


Hola halo hilo... aku dah lama dah tak buat entry la... idea banyak bertimbun kat kepala... tapi nak cari masa utnuk menulisnye je aku susah sket. Sem ni jam kredit agak banyak. Ada 27 jam semuanya. Maximum hanya 21 jam. Tapi apa nak buat da terpaksa ambil 27.  So itu la sebabnya susah nak bagi masa untuk update.. ( padahal facebook ko aktif je kan?) hahaha...
Semalam kan aku pegi pekan, nak urus kad atm BSN yang aku lupa pincode die... buat aku sedih sangat. Lepas urusan tu siap, aku pun jenjalan la kejap... kebetulan kelas dah di batalkan,. Takkan nak lepas peluang kan.. har har.... jenjalan punye kaki aku ni...

Alkisah aku terdengar perbualan dua mak cik: ( agaknya mak cik dua orang ni bukan orang tempatan, slang Indonesia. )
Mak Cik 1: Nak tengok tudung... jum ar.... ( masa tu dey all tengah jenjalan macm aku jugak.)
Mak Cik 2: mana ko nak tengok?
Mak Cik 1: Haaa tu... sambil tunjuk satu tudung coklat dengan renda2 bulat mcm bunga sbgai hiasan. ( aku pun tak tau apa nama tudung tu)
Mak Cik 2: ooo ko minat?
Mak Cik 1: tak, ko?
Mak Cik 2: pun tak minat juga. Lalu mereka pun berlalu dan aku pun berlalu...
Kemudian aku tiba di suatu tempat... lebih kurang 30 minit lepas tu, aku Nampak dua mak cik tadi sedang mengemop koridor2 kedai? Aku heran juga sebab sebelum ni tak pernah Nampak orang buat keja tu. Then bila lalu kat belakang diorang aku dengar perbualan mereka lagi...
Mak Cik 2: Ngko okay laaaa.... ko ade.. aku tak dde...
Mak Cik 1: ada apa ni kak?
Mak Cik 2: Yelah ko ada boyfriend, aku tak de... ko best la...
Mak Cik 1: ooo ko nak aku carikan ke?
...............
Sampai tahap tu aku dah x tahan mau ketawa dah.. dan aku pun berlalu, pergi sejauh mungkin then aku lepaskan senyuman aku lebar2 kat kawasn yang takde orang... HAr har har... itu la cerita hari ini hehhe




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Monday, September 26, 2011

Beberapa Soalan yang agak StupidDoh ( Stupid + Bodoh)


Peringatan: isi kandungan mungkin mengandungi ayat2 dan penggunaan perkataann yang kurang difahami dan agak kasar bagi sesetengah orang. 

 Soalan budu orang selalu tanya (tpi klo ingat sya pun mcm tertanya jg soalan beginie ooo..ehehehe)

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..
...
2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!! >:/:x

10. Time baris d counter tiket wayang
S: Eh, ko mo tingu wayang ka?
J: Tidak la, saya sedang senaman ni

11. Suda lepas ofis hour, berancang mo stay di ofis skijap.
S: Eh, bulum balik lagi?
J: Suuda sa balik ni, pa ko buat di rumah sa ni?

12. Ko jalan2 sama kawan ko, trus kamu nampak dua orang bagaduh.
S: Kenapa diorang bagaduh tu?
J: Ala, lelaki tu pi cubit lolok dia time dia tidur, tapi dia baru kasitau tadi, tula dia marah.





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91