Geng Panda Slim

Saturday, November 27, 2010

Penyakit Berjangkit Semakin Parah

 
Huhu… entry kali ni untuk meminta maaf khusus sama c CAROL my roommate tercinta…
Setelah hampir satu sem saya tinggal dengan dia.. akhrnya baru perasan saya telah menularkan penyakit berblogging dan bernuffnung ni kepadanya. 

Adoaiiiyai apa nak buat? Dah kegemaran saya berblogging,.. sampai saat ni dia masi lagimencari template yang sesuai untuk menghiasi blognya yang baru akan di aktifkan.. hehehe

Hehe.. apa pun kira ok la tu,, daripada asyik melayan pebuk yang ntah apa2 ntah tu? Bek layan blog dan nuffnung dapat info dan dapat duit hehe ( walaupun tak lah banyak, sikit jew..) tapi da memadai daripada tak buat apa2 dan free je ngan nuffnung… hehe

And sebenarnya entry ni juga nak bagi khabr ngan korang suma, tak tau la kalau korang da tau ke tak hal ni…

Tadi dalam sibuk2 saya berstudy…(sebab kul 9.00am t ada exam)
Saya buka la nuffnung.. nak check saja la.. mana tau pendapatan dah increase.. hehe tapi hampeh belum g.. huhuhuhu
 gambar kawan2 sy kat nuffnung hehe


So saya pun buka la nuffnung.. rupanya boleh check sapa2 nuffnungers yang ada read blog kita.. hehehe…dan siap boleh add lgi.. kikikikiki


Ada sorang gurl tu.. xsangka saya dia pegi baca blog saya ni.. haha tau la ko pompuan… sapa suh ngko sakitkan ati aku ngan kawan aku…


Sesedap rasa mi segera ja aku mengerjakan pompuan tu dengan post aku yang killer. Hahaha padan muka ngko.. dah gatal sangat. Mcm tak ingat dunia tu tinggi rendah.. nak berlagak sangat…

Bila dah marah memang ni la penangannya. BLOG!! Haha daripada saya ngumpat ko dengan kawan len? Yg maujud tu.. bek ko d semadikan dalam blog aku..

Aku ngat pompuan ni catik sgt…mana da.. besa je.. kawan aku g cantik.. :P
By the way.. kalau la pompuan tu baca blog ni… sorry… tapi apa pun nama still xmention kat sini.. nak jaga tatasusila..

Tapi saya tak marah pompuan tu kalau nak baca pun sebab tu akan bagi tinggi trafik blog aku.. ye tak nuffnung? 

Emm sok ada exam kol 9.00am paper major.Kat DRT UPSI, korang wish me luck k…
And GOOD LUCK WISHES for all my classmate sok.. gambate guys.. hehe
Nak tido dulu….


Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Friday, November 26, 2010

Winda vs Wendah - Dari Malam Ke Subuh

Hai semua..
Entry kali ni kan 1st time sa upload seawal ini
Dan 1st juga la saya berchatting YM sesampi subuh suma sebab my beloved friend 
hehe... jangan ditanya siapa dia...

Jangan di tanya bagaimana berkenalan

Jangan di tanya apa yang di sembang
Jangan di tanya kenapa saya post d blog.. hehee

Sebab saya akan jawab: suka hati saya la.. hehhehe



wen wen
Itu nama kami.. jangan di rampas ya..
Purple itu pabret kaler kami
Bercakap@membebel itu hobi kami
Sakura itu bunga kehidupan kami
Facebooking itu laman sosial kami
tapi
Kami tetap sayang  BOIPREN kami
Jangan nak merampas ye...
Belajar sehingga berjaya itu azam kami...
Satu hal...
JANGAN ko nak sibuk la sal Kami... hehe

She is a friend, 
Found by the middle of my tears

Wen, thanks, I juz like and wanna say.. thanks.... 
the more i know u, the more its being nicer and lovely...


Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Thursday, November 25, 2010

I'M Sorry Good bYe

Semlam dalam kul  2 pagi saya terima msg drpd sorang teman…
Katanya minta maaf
Sebab dia da sakitkan hati saya bertahun dulu…
Actually memaafkan tu tak susah sebenarnya…
Yang susah adalah bila sang teman masih meminta sesuatu 
Yang tidak mampu saya berikan kepadanya
Dan itu akan buat saya semakin marah.. 
Tambah2 bila sang teman melibat keluarga 
Sangat mengeramkan sekali bila hal itu terjadi.
Dan semalam sang teman berkata sudah bekerja di Kuala Lumpur. 
Hati terasa semakin tidak keruan. Takut diri terserempak sang teman..
Namun diri berharap sang teman tidak akan mengganggu diri lagi…
Sang teman.. buat mu, mohon maaf diri meminta kerana diri tak mampu…
Pergilah sang teman, biarkan hanya memori yang ada pada diri.. bukan sang teman..

Teman, I m Sorry Good Bye...


Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Wednesday, November 24, 2010

Roti Manusia

Hallo sekali lagi... ada entry baru lagi.. nak buat macam mana... idea mencurah2 kan.. hehe.. adoyai... 
saya dapat email ni da lama daripada mY auntie.. 
katanya Nak cari kelainan dalam menu? hah ini jawapan nya...

Kalau u all la kan..  sanggup ke nak makan roti ni?
Wa kalau sy, darurat seklipun xnak makan eh... rupa dia mengerikan dan meloyakan saya. Yuckkkkkkkkkkkkk

Tengok dan nikmatilah gambar2 ni suma.. huhu kalau boleh tak nak tengok tapi tetap ada nilai seni dia.. hehe

Bayangkan korang makan Kaki org yang dah mereput...

Wanita kemalangan

Pecah kepala... Nak makan Ke?

Len Macam Nampak Organ2 d sekeliling tu...

Ukhsssss

Pelbagai Pilihan pla tu....

Siap d Pastry lagio.....
 Ada tak sapa2 malaysian yang jumpa benda ni kat Malaysia? Wah... kalau ada saya mohon di tarik lesen 
perniagaan nya k.. hehe
bukan apa seram. seolah makan yang manusia yang sbenar... xnakkkkkkkkkkk

Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Makan Biar Berpilih K.


Hai all entry kali ni adalah berkaitan dengan pemakanan...

some of these information da saya tau lama dulu.. but then orang tak percaya saya cakap. tiba2 today saya jumpa information ni kat Facebook.. so nak share juga la.. hehehe

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang Tel: 04-6532694

Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse




Banyak Cara kita boleh elakkan penderaan kanak-kanak ni.. 

1.      Akta
-          Gubal satu akta yang akan menyebabkan mereka yang melakukan hal ini akan terus berasa bersalah. Pernah melihat filem adaptasi GRACE Choice?  Mengisahkan tentang seorang remaja yang bertindak drastik memilih untuk berkorban demi adik-adiknya. Adik-adiknya pula bukanlah adik beradik kandung tapi hasil hubungan ibu Grace dengan beberapa lelaki.
-          Point saya disini adalah, kita MALAYSIA harus menggubal akta dan undang2 yang membolehkan setiap individu yang terlibat dengan penderaan kanak-kanak akan melalui proses pemerhatian dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu  dalam sesuatu tempoh  bagi membolehkan mereka bebas.
-          Sepanjang tempoh pemerhatian atau percubaan tersebut, indidvidu yang terlibat akan disekat segala keistimewaanya. Sebagai contoh boleh bekerja dalam kawasan tertentu, kawalan telefon, kawalan perhubungan dengan rakan yang lain. Pendek kata individu tersebut “dibogelkan” perlakuannya kepada umum sehingga beliau terlepas daripada tempoh pemerhatian. Ia seolah-oleh penjara dalam alam sebenar.

2.      Tindakan pusat kebajikan
-          Berkesinambungan/ atau alternatif bagi cara pertama, pusat kebajikan melakukan tindakan merampas hak penjagaan anak-anak mereka daripada penjaga/ ibubapa sehingga tempoh tertentu.
3.      Pegawai pemerhati
-          Kedengaran agak lucu bukan? Tapi maksud saya disini, MALAYSIA boleh mengupah atau mewujudkan jawatan tersebut. Tugasnya? Mereka akan ditempatkan di kawasan2 tertentu dan akan memerhatikan sebarang tindakan tidak wajar terhadap kanak-kanak.
-          Kawasan yang saya maksudkan adalah seperti Pusat Jagaan, Taman-taman perumahan, Kampung-kampung, Flat-flat rumah, Ruang pendidikan seperti sekolah, dan tempat awam ( pasar raya, pasar, ruang legar umum)
-          Mereka yang terlibat akan memberikan laporan dan tindakan susulan kepada semua perlakuan yang tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak.

Baiklah, guys, memang saya sudah bercakap terlalu panjang lebar dan teruskan membaca sehingga ayat yang terakhir k. Saya jamin anda akan dapat sesuatu daripada hasil tulisan saya ini.

Saya merupakan bakal tenaga pengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Seharusnya kanak-kanak ni jadi permata hati setiap orang. Tapi apa yang kita lihat sekarang ni ramai kanak-kanak didera, di ekplitasikan malahan dibunuh sesuka hati. Teks ini merujuk kepada isu pembuangan bayi sekarang ni yang semakin berleluasa. Saya nak cakap macam mana dengan semua yang buat hal tu ya supaya mereka berhenti melakukan perkara tersebut…
Kalau boleh saya  nak bagitau “ kalau ya sangat nak making Seks, tak tahan, sebab gaya hidup masa kini dah memang menyediakan semua nya. Ambillah protection… elakkan mengandung… jangan sampai anda membunuh. Berbalik kepada kontex agama, saya bukan bercakap membelakangkan agama, Cuma saya berfikir sekarang terlalu ramai yang rapuh dalam soal agama. Jadi buat la tapi dengan protection. Kesian dengan baby tu, tak ada salah apa-apa dibuang begitu sahaja.
Satu lagi hal yang buat saya sangat berang dengan sikap manusia sekarang adalah LALAI… Kenapa? Sebab akhbar memaparkan ramai kanak-kanak meninggal disebabkan kelalaian ibubapa/penjaga/ ahli keluarga seperti lemas dalam besen, jatuh dan sebagainya. Hal ini boleh dielakkan sebenarnya jika pasangan ibubapa memahami konsep penyediaan ruang yang sesuai bagi kanak-kanak dalam semua situasi…
Jadi kita teruskan dengan menjawab persoalan yang di utarakan Nuffnung.
1. It’s only abuse if there is physical violence involved.
2. Only bad people abuse. Good people don’t.
3. Many children do not know their abusers.
4. Abused children will definitely grow up to be abusers.
All of the above statements are in fact, false. How many did you get correct?
Senarai dia atas adalah List Down yang diberikan oleh nuffnung… namun ada benarnya juga. Saya akan huraikan satu persatu hal ini…
1. It’s only abuse if there is physical violence involved.
* bermaksud : Ia hanya akan di klasifikasikan sebagai penderaan jika terdapat/ boleh dilihat / kesan secara fizikal terhadap seseorang kanak-kanak.
These facts is totally FALSE . Kenapa? SebabPenderaan sebenarnya terbahagi kepada
Ø  Penderaan Fizikal
Ø  Penderaan Seksual
Ø  Penderaan Emosi

Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.. Di seluruh dunia memandang terus dua aspek ini sebagai main atau common problem yang sering kita lihat dan digembar-gemburkan.

Sebaliknya penderaan emosi pula tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi berlaku  dengan tidak ketara tetapi melibatkan kesan terhadap perkembangan fizikal dan mental dalam kalangan kanak-kanak. Permasalahan ini sangat jelas membesar bersama dengan kanak-kanak sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Hal ini menyebabkan sukar bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

Lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu:
Ø  Penolakan,
Ø  Pengasingan,
Ø  Menakutkan,
Ø  Sikap tidak peduli dan
Ø  Sikap merasuah fikiran.

 Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi.

Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima-lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

2. Only bad people abuse. Good people don’t.
* Bermaksud: hanya orang jahat yenag membuli dan orang baik tidak membuli.
This one also totally FALSE.

Kenapa?  Sebabnya, biarpun “Rambut sama Hitam, hati lain-lain”. Maksudnya, kalaupun seseorng tu Nampak baik, di hadapan orang lain, sesiapa pun pastinya punya tekanan dan jika salah tingkah, kadang secara sedar akan melepaskan geram kepada kanak-kanak maka jadilah penderaan.

3. Many children do not know their abusers.
* Bermaksud: kebanyakan Kanak-kanak tidak mengenali pendera mereka. FALSE
Siapa cakap kanak-kanak tak kenal Penderanya? Mungkin yang di maksudkan disini adalah, “ Kebanyakan kanak-kanak tu tak dapat sebut siapa penderanya” Kenapa? Nama pun kanak-kanak kan… umur 2 -3 tahun hingga 6 tahun… try ask them about abuse… sudah tentu mereka tak faham… apatah nak memberikan nama. Tapi cuba Tanya siapa yang pukul mereka…dengan cara tertentu… sudah tentu mereka jawab.. dan jawapannya sudah tentu orang yang dia kenali.. kalau bukan keluarganya, cikgunya, atau saudar-maranya. Hal ini pada tanggapan penulis disebabkan, dalam konteks ini, kanak-kanak bergaul bebas hanya dengan golongan ini.
Kalau kanak-kanak belasan tahun tu ( memandangkan definisi kanak-kanak merangkumi umur ke 18 tahun), tu tak bleh kita nak kata la, sebab dah terang lagi bersuluh terasa dah meningkat remaja, maka takkan tak tahu diri telah didera?
4. Abused children will definitely grow up to be abusers.
* Bermaksud: Kanak-kanak didera membesar sebagai pendera. TRUE & FALSE ( 50-50)
Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, pelbagai teori perkembangan Manusia seperti Abraham Maslow, Eric Erickson, Jean Piaget dan banyak lagi menyatakan bahawa pengalaman semasa kecil mempengaruhi perkembangan seseorang manusia…
Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Tutorial Button "Like" Facebook

1st ly.. saya nak korang suma say thanks sama2 ngan aku kepada kak Ceeramoon sebab sudi kongsikan maklumat ni... sangat2 berguna bagi saya dan pastinya kengkawa len kan?
Tutorial kali ni, cara nak letakkan "Button LIKE" Face Book Tu dalam blog entry kita..Mesti suma org nak kan? hehehe... well try la...Begini ceritanya...
Senang saja u all,kalau u all xmahir ngan blogging ni pun jgn risau... bleh bagi u all suma information dengan teliti.... baiklah...
Ok begini..
Mula2 sekali pergi ke sini;
  1. Dashboard - design - edit html
  2. Click 'Expand Widget Templates'
  3. Bila dah click carik coding ini ( data:post.body ), kalau tak jumpa,  ( data:post.body/ ) pun boleh. Tekan ctrl + F kalau nak mencari..
  4. Lepas tu, paste coding yang aku bagi ni di bawah coding ini  ( data:post.body ). Right under it tau…
  5. Dan ini kod nyaaa..jangan nak memandai tukar tau…

    <iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=450&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px'/;&amp />
Ok, show-faces=true, u all's boleh tukar kepada false. Itu fungsinye if u alls tak nak gambar orang yang click tu terpapar. So, jom try it... memang memuaskan hati... 

SELAMAT MENCUBA SEMUA


Monday, November 22, 2010

Tutorial Photoshop 1 - Mengubah Background Image


Hallo readers, hehehe.. ada sorang kawan mta tolong d ajar sal buat edit o using photoshop.. but I try teach him the basic one..

buka Photoshop dan select file dan open file yang ada kehendaki
 
buka daripada mana2 folder yang anda mahukan. buka beberapa gambar

 
gambar diatas adalah contoh ... gambar d sebelah kanan akan saya edit dan akan drag ke gambar di sebelah kiri. ini untuk edit background...
anda boleh resize image jika terlalu besar atau terlalu kecil dengan right klik pada bahagian nama (cth: SAM_1152 @66.7%(rgb)) DI ATAS...
harus di ingat anda perlu seimbangkan background dengan image jika anda mahu meletakkan beberapa image dalam satu background.

Untuk zoom in dan zoom out pula anda boleh lakukan dengan mengubahsuai pada bahagian navigator di sebelah kanan anda.

kemudian anda pilih  tool Eraser di sebelah kiri anda. mula2 anda select Background eraser dan try pada gambar tanpa menjejaskan image yang anda kehendaki( untuk delete background asal sahaja... ) seterusnya anda select pula ERASER TOOL dan mulakan memadam background.
kemudian hasilnya adalah seperti bahagian berpetak2 di atas.
selesaikan delete background sehingga image benar2 bersih daripada baground asalnya tanpa menjejeakan image. ( harus berhati2 ketika memeotong bahagian tepi2 image anda.. pastikan anta tidak merosakkan image anda...-ASPEK ini memang sangat memerlukan kemahiran anda melukis menggunakan mouse)

Jika anda ingin meletakkan pelbagai gambar dalam satu background, sila ulangi langkah ini bagi  semua gambar yg anda kehendaki.


gambar ini pula menunjukkan bahawa anda boleh ubah suaikan saiz Eraser anda mengikut kehendak anda dengan "RIGHT-Click" pada image dan sesuaikan saiz yang anda mahu



Untuk tutorial terakhir ni, anda gunakan tool "MOVE TOLL" ( dibulatkan) untuk memndahkan gambar daripada image asal ke background d sebelah kanan...
jika anda tidak berpuas hati dengan dengan hasilnya anda boleh delete dan perbaiki semula image sebelum meletakkan pada gambar di sebelah kanan. 

Pesanan penting:
1. Jika anda salah membuat "editan" pada sesuatu gmbar, anda boleh remove "editan" yang dah anda buat itu dengan men"delete"nya di bahagian History( sebelah Navigator) . anda perlu right Click dan delete. 
2. anda boleh hasilkan gambar yang sama dengan menggunakan tools CLONE / HEALING, namun ianya kurang cantik tapi tetap berguna jika anda berminat..

Jika anda memiliki cara lain yang lebih mudah, sila informkan saya ok... 
Bahsa pun da tunggang melanggang.. sorry geng...
SELAMAT MENCUBA SEMUANYA

Maaf sekiranya tutorial kurang memusakan. saya cuba yang terbaik untuk anda jadikan panduan.




Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91