Geng Panda Slim

Monday, September 26, 2011

Beberapa Soalan yang agak StupidDoh ( Stupid + Bodoh)


Peringatan: isi kandungan mungkin mengandungi ayat2 dan penggunaan perkataann yang kurang difahami dan agak kasar bagi sesetengah orang. 

 Soalan budu orang selalu tanya (tpi klo ingat sya pun mcm tertanya jg soalan beginie ooo..ehehehe)

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..
...
2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!! >:/:x

10. Time baris d counter tiket wayang
S: Eh, ko mo tingu wayang ka?
J: Tidak la, saya sedang senaman ni

11. Suda lepas ofis hour, berancang mo stay di ofis skijap.
S: Eh, bulum balik lagi?
J: Suuda sa balik ni, pa ko buat di rumah sa ni?

12. Ko jalan2 sama kawan ko, trus kamu nampak dua orang bagaduh.
S: Kenapa diorang bagaduh tu?
J: Ala, lelaki tu pi cubit lolok dia time dia tidur, tapi dia baru kasitau tadi, tula dia marah.





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Welcome My Dear LUCKY


Syukurlah sebab laptop aku yang dihantar ke warranty akhirnya dah siap sepenuhnya dan aku da ambik balik jumaat lepas... aku pergi dengan sang “Uby”. Dia ckp xada parking kat Low Yat... hmmm nak aku pun diam je la... tak faham sangat apa dia nak sampaikan sebenarnya... (hehehe)
So aku sangat2 la hepi sebab skang ni aku punya lappy da tak terlompat sana sini dah. Dah tak payah menaip dengan jari manis kiri stand kat fn key. Huhu and also dah ada semua yang diperlukan.. taklah sangat terasa sunyi tanpa LUCKY aku tercinta...





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Wednesday, September 14, 2011

Duit dan Laptop...


Pagi tadi (13.9.2011) aku bangun ewat. Padahal ada kelas kul 800am. Tu padahnya bila tido kul dua dengan kepala sarat dengan bajet kewangan. Pernah tak korang tidur dalam keadaan macm tu? Hehehhe…. Aku bukan nye tak de set jam, tapiselamba binti badak je aku snoozekan jamtu dan sambung tido, tau2 dah bangun jam 7.28am. hahahha   lewat.. segalanya lewat dan aku puya kelas pula batal kul 8 pagi tu.huh wasting time btol la kan?

Dah tu aku g pekan, nak g Bank Islam untuk ambi statement bank PTPTN aku kena potong rm600 you… sapa yang tak curious kan. Bukan 60 sen tau. Huhuhu.. rupanya dah tengok statement bank tu aku baru sedar, Agribima Sdn. Bhd. Dah auto debit duit aku tu. Huhuhu sedih you…. Nak hidup jugak aku ni… kalau tak hidup mcm mana nak kuliah terus… Then the AgriBima Sdn. Bhd pun minta aku faxkan penyata bank lengkap dengan maklumat diri. So dah settle smeua tu, aku tau aku akan dapa balik refund tu dalam masa 2 minggu – 1 bulan… omg… aku pun terkedu tapi nak buat apa, dah system dia makan masa macam tu untuk procedure. Huhuhu..

Dah lah laptop pun buat masa ni pergi tinggalkan aku… duit pun tak dak.. huhuhu…. Ada tak yang menderma untuk aku ni..

Hehehe…. Kalau ada cepat2 bagitau, aku nak tido lu la… bye semua.



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Monday, September 12, 2011

"You Look So Green"


“U looks so green”
So aku nak jawab apa bila da kuar ayat macam ni? Hahaha mentang2 la aku pakai baju kurung hijau today.  Hehe saje je nak tunjuk ayu. Dah la main masuk  tak bagi kenal nama.. tak bagi tau anything terus je membebel kat depan. Orang start dari A dia start dari D.....
Aku ngumpat sendirian terhadap lecturer tadi. Sapa suruh dia sengal sangat dengan slang UK dia tu... bukan aku jeles tapi aku meluat dengar. Telinga geli nak terima suara  Bahasa Malaysia di cemari dengan slang UK. Hahhaha...

Tapi lawaknya, tak sampai sejam slang dia da tukaq g bahasa Kelate.... hahhahaahhaha... aku gelak sakan dalam ati...
Dalam dia sibuk bebel ontah apo apo ontah kat depan, aku sibuk dok perhati dia atas bawah, bawah atas... especially his hair.. maunye tak... the ‘m’ punya bentuk kat dahi die dah luas.. Mean he has his very high qualification and achievement in education... tak macam aku, baru duk kat kerusi Ijazah, dah ngumpat macam2 kat lecturer. Apo pun dia ngajo nanti, aku boleh tangkap mesti sporting giler... ( eh aku tersemenanjung jap, kawan2 sabah, jan pula kutuk aku k, nak sumpah aku jadik kaya tu aku tak kisah 10x pun tak pe)





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Suatu Permulaan Yang Pelik dan Hurtin'


Hi all.. untuk update 1st bagi menandakan kepulangan wen dalam aktiviti blog ni.. we nak ucap “selamat datang kepada diri sendiri la sebab akhirnya kembali kedalam dunia ni semula.

Pagi tadi bertolak ke tanjung maim dan esok kuliah dah nak start dah.. huuuhhhh sangat mengujakan untuk menunggu cuti bermula lagi. Hahahhaha… memang pelajar yang suka kan cuti aku ni….

Well sem ni aku dapat msalah yang sangat2 mencabar aku la… kenapa/ sebab laptop aku rosak dan sekarang terpaksa pakai laptop lama. Ni pun kena tekan ‘fn’ untuk taip dengan lancar. Memang dah uzur dah laptop yang ni. Hal ni buatkan wen sebanyak berasa malas untuk menaip kerana perlukan tenaga lebih iaitu tekan ‘fn’ dengan jari manis kiri.

Hal ni akan berlanjutan dalam beberapa minggu or may be a month kut. Huhuhu memag aku sakit la nampaknya dengan situasi ni esok baru nak hantar laptop tu ke warranty and I hope its will be back soon. Please do make wish with me (huhuhu).

Ok lah apa pun kalau ada sesapa sudi nak belikan wen new lappy, amat dialu-alukan la.hehhehehhehhe

Oklah all, aku nak tido lu. Badan rasa sangat etih dan nak berehat dengan segera. Night all.



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Saturday, August 27, 2011

Teguran: Menyakitkan atau Menyihatkan


Teguran memang menyakitkan dan sukar untuk di terima. Terpulang kepada anda untuk menerima dengan cara apa sekali pun. Marah, terbuka, tersenyum mahupun membantah terang terus teguran yang diberikan kepada anda. 

Sekali dulu aku dan rakan sekelas yang lain cuba berkongsi dan cuba untuk saling menerima. Kemudiannya ia menjadi sesi yang sangat menyakitkan sebab bila semua orang berterus terang dan tidak semua orang dapat menerimanya dengan baik. Keadaan jadi tidak terkawal dan ada rakan yang menjerit2 marah atau tepatnya sedang berperang mulut. Kemudian kami menghentikan sesi itu dan beralih ke bilik masing2 ( kerana kami dalam lawatan sekolah).
Itu merupakan salah satu cara orang menerima sebarang bentuk teguran. Ada yang terlalu ego pada ketika itu dan ada yang menegur tanpa lapik langsung. Yang tidak pernah bersuara juga menunjukkan belang dan bercakap mengikut penilaian masing-masing. Antara ayat yang aku tak boleh lupakan:
            “Saya memang pilih kawan”
            “ Maksud Ko (Ko = Kau)?
“ Macam Si ******, ko tau kenapa saya xpernah tegur ko? Sebab ko punya sikap tidak sama macam si *******. “
Pada tahap ini aku sudah surrender  dan aku berkata OMG this things should end here. Dan aku masuk ke dalam bilik baring dan bercadang untuk tidur saja. Kebetulan memang penat dengan perjalanan yang jauh daripada Ranau Ke Tenom.

Dan kawan2 datang tak silap ada 3 orang yang datang minta maaf kepada aku kerana mereka bersikap unrealistic dengan aku. Aku terharu, meski aku secara jujurnya tidak menegur seorang pun rakan sekelas aku ( girls or boys) secara terang-terangan dan aku hanya meminta maaf kerana aku tahu ramai yang tidak puas hati dengan aku sebab aku adalah pengawas sekali gus merupakan timbalan ketua pelajar pada ketika itu. 

Namun mereka datang dan meminta maaf kepada aku. Dan mengakui mereka tidak sukakan aku dan sempat memberikan gelaran kepada aku kerana sikap aku.  

Kesimpulan daripada kisah di atas. Sebenarnya, akulah yang ditegur banyak dalam hal kawan datang meminta maaf kepada ku. Kedatangan mereka minta maaf  kepada ku sebenarnya memberitahuku bahawa ada sikap aku yang tertentu menyebabkan mereka tidak menyukai aku. Dan pada ketika itu aku menerima semuanya dengan begitu senang sekali dan dalam diam mereka sedikit sebanyak memberikan aku landasan untuk berubah. 

Dalam kes terbaru, aku ditegur kakak aku kerana sikap aku melalui sms. Dan aku menerima teguran itu dengan hati yang lapang. Kerana mungkin aku juga menyedari perkara itu dan aku memang ingin berubah. Memang sukar untuk melakukannya, seperti kata seseorang “PERUBAHAN ITU MENYAKITKAN” tetapi hasilnya membahagiakan.

Jadi bukan sesuatu yang sukar untuk kita melakukannya bukan? Jika anda orang yang ditegur, maka buatlah response yang baik. (HOW?) jangan Tanya aku caranya, fikirklan. Pun begitu, jika anda juga perlu menegur seseorang, pastikan caranya adalah baik dan tidak terlalu menyakitkan. Aku memang sedikit emo bila orang tegur aku dengan baik tapi aku terus terang teguran anda akan membentuk aku menjadi orang yang sepatutnya.




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Saturday, July 30, 2011

BALIK on 29 August 2011

eam.. cuti masih panjang kan? lama lagi cuti tu... alaaa bukannye dah nak balik pon...
tapi kan aku actually da beli tiket awal. ni semua sebab takut tiket tu naik banyak sangat punya pasal la. tu yang aku beli tiket awal... huuu sedih la juga sebab aku kena tinggal family tem2 raya tu ( even aku tal celebrate raya tu). aku balik pada 29 august 2011. tu yang aku sangat2 sedih plus sad sangat ni skang. nak "pok" harga tiket murah punya pasal bah kan tu pasal la jadi macam tu.

ngam2 tiket masa tu hanya rm 69 ba...

mesti c KAK ELLEN said, cian dia... dah la balik lewat kena pula balik awal kan?

hmmm lagi satu, aku kena send my dear lucky for warranty bah. ( eh slang sabahan da keluar da.. ) ehheheheh





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Saturday, June 18, 2011

Ramai Yang Mencari

hi all...
ni baru wen muncul lagi dalam area blog memblogging ni. ramai juga eh mecari wen walaupun bukan blogger yang pames macam mereke mereke dan mereke yang len len tu.. ahaks ( perasan jew lebih ni) hihihi..

ok la for ur information ( once again) i am now in holiday mood..

apa? tak paham ke? aku dalam cuti ni.. kat kampung jadik manager kedai runit my mumi.. ukhuk jenuh deh nak menahan  gian nak online especially nak bloging ni coz now i m not so interesting in facebooking anymore. heheheh


so for those yang setia pada blog wen ni thank a lot ya. wen minta maaf sebab harang nak update and visit korang. nanti da balik kampus i janji akan terjah korang sampai lembik blog tu hahaha.

ok sampai jumpa, my lil sis calling me liao. chao sing chi... babai.....



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Saturday, June 11, 2011

Bila Kita Menyayangi


“Menyayangi seseorang  suatu perkara yang sangat menggembirakan ditambah lagi bila orang yang kita sayangi itu juga menyayangi kita. Dan sebab tu ia bermaksud bahawa setelah kita jatuh sayang dengannya, itu bererti sukar untuk kita menerima sesebuah perpisahan. Tak semua orang mampu melakukannya dengan sempurna. Dan bayaran untuk perbuatan tersebut adalah masa. Kita tidak dapat menentukan berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk melupakan seseorang yang pernah dekat dengan kita selama ini.
But, once u did it, you are totally free from it.  Kita dah Berjaya melupakan, memaafkan, bahkan meneutralkan kembali diri kita dengan apa sahaja yang  pernah menyebabkan kita menderita yang teramat suatu ketika dahulu. Memang sakit untuk kita  mengenang kembali semua perkara lalu. Maka billa dah sayang jangan di biarkan ia terabai atau tidak berbaja dengan kasih. Semai benih baru dalam perhubungan dan lalui perhubungan dengan sabar....”
2 perenggan ayat di atas adalah luahan isihati SI Fikir yang pening kebelakangan ni. Korang faham tak apa yang cuba disampaikan oleh beliau dalam coretan isihatinya tu? Tak faham Tanya. Jangan buat-buat tak faham pula. Aku malas betul la dengan Si Fikir ni selalu ja ada masalah cintan cintun. Xleh ke kalau sehari tak citer sal problem engkau je... macam nak aje aku masak sambal belacan cicah kari kau ni.
Jiwang terus lah tu..  huh menyampah i tau.... entah apakah benda yang aku repekkan... sebab apa? Aku pun xpasti sangat... semoga segalanya baik sahaja untuk esok dan seterusnya untuk ko Fikir...




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91