Geng Panda Slim

Friday, March 12, 2010

Esok.....

terasa tak sabar menanti esok.

Thursday, March 11, 2010

Shaping My Life God.

Selalu sy ingin jadi kuat, menganggap bahawa segala sesuatu yang terjadi ini kehendak Tuhan. namun sy juga manusia biasa. kadang2 lemah memikirkan semuanya. Lalu saya kembali tersesat dengan apa yang saya wujudkan sendiri. Sy menjadi seorang di luar diri sy sendiri. sampai bila keadaan ini akna membelenggu sy? Sy pun x tahu.

I always shape the way I'm thinking about my life as God's creation and God's plan. I always try to not crying. But when the things really present in my daily life, I become weak… everything become ruins. Hanya kekuatan dan doa yang saya andalkan.
Jika memang benar ini penghujungnya, saya mahukan semuanya berlaku tanpa kesakitan Tuhan. Perbuatlah sesuai dengan rencanaMu.


Wednesday, March 10, 2010

Bertenanglah hati

Kehidupan terasa semakin sukar kala ini. Mungkin tak semua patut saya lakukan… Pelbagai maslaah silih berganti bertandang dalam kehidupan. Seolah saya kini tak mengenal diri sendiri lagi saat ini. Bagaimana harus saya lakukan ini seorang diri? Sering saya tertanya pada diri, apa yang telah saya lakukan pada kehidupan saya? Bagaimana saya boleh terlalu kejam dalam hal ini? Apakah yang saya lakukan ini?  Merasakan diri terlalu jauh daripada apa yang saya inginkan untuk diri sendiri. Mungkin saya perlu mentelaah smeula diari kehidupan beberapa menjak ini? Mungkin ada yang saya ter’miss’ dalam emnilai segala sesuatunya.
                Rindu yang bertamu di hati terasa semakin dekat dengan reality kehidupan ini. Terasa tak ingin melepaskan dia pergi daripada sisi saya semula. Cemburu masih bersarang tika saya mengetahui dia kini bersama yang lain. Tapi apa yang berlaku bukan sesuatu yang mungkin menjadi alas an bagi saya untuk lemah, malahan saya perlu kuat. Perlu kuat menghadapi segala sesuatu yang ada dalam kehidupan saya.
               

Thursday, March 4, 2010

Kekecewaan dan Harapan

Sangat sukar menerima keadaan yang ada sekarang. terasa bagi semuanya menyakitkan. ingin bebas daripada segala kesakitan namun, bagaimana agaknya. Tuhan melihat segala sesuatu yang kita lakukan. saya insan berdosa, pelbagai kejahatan telah saya lakukan dan ini semua menyakitkan saya.

" Bapa, Kau tahu sesunggunya siapa aku di hadapanMu, banyak hal yang aku lakukan bertentangan dengan kehendakMu. Berikanlah aku kekuatan Tuhan. Berkatilah aku untuk semua pelayanan yang aku lakukan melalui mulut dan tubuh yang berdosa ini. jadikan pelayan yang akan aku lakukan sebagai medium untuk aku berubah daripada pelbagai desakan kehidupan.hari-hari yang aku lalui tersangat menyeksakan dan ku tak mau jalan sendiri lagi. ku mau bersama Engkau dalam segala hal. tapi lepaskanlah aku daripada bellenggu ini, sesuai dengan kehendakMu."

Saturday, February 27, 2010

Erti Kemaafan

Hampir setahun da semuanya berakhir. terasa bagi baru semalam. namun semuanya harus dibiarkan berlalu. segala kepahitan yang berlaku harus di neutralkan dengan kasih untuk diri sendiri. mungkin suatu hari nanti kau akan mengerti bahawa erti sebenar kelukaan yang pernah kau taburkan di hati. semoga kau bahagia dan aku bahagia disini. walau hati sukar melupakan. walau rasa ingin kembali. namun segalanya mungkin hanya setakat di bibir hati. tiada mungkin sanggup risiko ditempah semula.
 
andai tersurat adanya kembali pertemuan, harap semuanya dengan senyuman. semoga hati ini tabah menatap wajahnya kala itu.Semoga kebhagiaan itu tetap milik kita walupun bukannya dengan berdua. tapi dengan orang lain... namun cinta yang satu tetap di hati...

Wednesday, January 27, 2010

Nama Pelik?

hmmm
nama saya pelik sgt ke? adeiii na... risau gak sa oo... hehehe
nda penah2 kena ckp ni nama pelik... kalau budak2 chinese tersilap talking in chinese with me, then  tu perkara biasa la...
tapi ini... nama ku dikata kan pelik....huuu

Friday, January 22, 2010

Semester 3 d UPSI.


Selamat tahun baru 2010.
Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat.
Semester ni saya masih tinggal di kolej kediaman UPSI. Wah.. hebatkan saya? Tapi sebenarnya saya dapat tinggal pun sebab sem lepas pihak pengurusan kolej tidak membenarkan para pelajar untuk tinggal atau lebih tepat keluar daripada kolej. Walaubagaimanapun, kawan2 saya tetap keluar. Mereka merayu kepada TNC. So, its mean, saya tinggal seorang la. Tapi tak pa la…
I feel free pla ni skang. Apa yang saya nak buat, saya nak makan, nak g kuliah, nak basuh baju. Semuanya saya lakukan seorang. Memanglah sunyi… tapi lebih selesa la…
Bukannya saya tida kawan langsung, ramai, Cuma skang ni teda kawan yang kemana pasti berdua. Kadang2  saya bersama dengan kawan2 se course mate. Tapi lebih kerap dengan kawan2 len dari kos kh, seni, bm, sej, dsb dan juga melibatkan semua lingkungan semester. Lebih selesa macm ni…
Sem ni juga saya mahu mulakan dengan pengelibatan diri dalam pelbagai aktiviti setakat yang saya mampu.. mungkin bukan sama seperti yang lain yang berbakat dalam bidang tarian, nyanyian atau sebagainya. Tapi saya mahu mulakan dengan pengelibatan terbaik dalam Briged Bomba dan sebagai Librarian. Saya mahu juga terlibat dengan BAKSIS as good as i am...sikap aktif yang da h sebati dalam diri ni tak dapat saya kawal rupanya. Tak pa la sebab tu semua penting tuk masa depan saya sebagai salah satu nilai tambah dalam diri saya nanti....
Pointer Sem Lepas
Sebut pasal pointer sem lepas… boleh tahan juga pointer saya. Dapat 3.69. so pngk keseluruhan 3.63, agak memberangsangkan bagi saya. Semoga ianya terus berkekalan…sebetulnya saya memang happy… terbayang wajah mummy yang akan gembira melihat saya pun keputusan nanti…

Cinta….
Memang sukar tuk melupakan kenangan lepas… terlalu sakit untuk menafikan perasaan sendiri. Tapi kekejaman yang saya perolehi setelah mencintai dengan setia membuatkan saya seperti serik untuk kembali kepada cinta lama. Saya mahu memeberikan ruang untuk diri mencintai orang lain dan membiarkan orang lain mencintai diri saya. Betul, cinta itu selalu membawa keperitan dalam hidup….namun pa yang lebih baik, saya akan sentiasa berusaha untuk bangkit semula…
Saya memegang kata-kata berbunyi
                “ bersedih dan menangislah semahunya jika anda di kecewakan. Merasakan ketidakadilan dalam perhubungan ataupun kehidupan, namun jangan pernah lupa untuk bangkit semula. “
Saya akan memulai perasaan ini semula. Tapi yang pasti bukan dengan orang yang pernah membuang saya daripada hidupnya. Saya amat berharap agar dia akan membaca ini. Saya harap sangat saya mampu delete dia dalam hidup saya. Namun saya tak dapat menafikan perasaan cinta dan sayang yang masih menebal dalam diri untuk dia. Namun saya kan mengikisnya perlahan. Lambat atau cepat saya perlu melupakan dia. PERGILAH BERSAMA MIMPI NGERI KENANGAN …
Kewangan…
Bukan juga mau cakap azam baru tapi, saya harap saya akan menjadi lebih berhemah selepas ini dalam menggunakan duit yang saya ada. Kalau boleh sem ni nak menabung untuk sesuatu yang saya betul2 ingin lakukan selama ini. Hope I can do it dalam penghujung tahun ini…impian saya untuk tahun ini rasanya saya perlu mulakan hidup baru dengan impian yang perlu dikabulkan setiap tahun. Saya perlu berdisiplin dalam hal ini

Gadget baru..
Saya beli kamera. Impian saya selama bertahun2... saya beli yang termampu dan terbaik yang saya ada iaitu Sony Cybershot.harap kamera ini kekal bersama saya.

Rasanya itu ja yang dapat saya catit buat masa ni. Saya mau mandi dulu skang... baru ja sampai daripada kelas bomba. Uby...Special for me......

Saturday, November 14, 2009

Pretend that it's dosen't hurt...

I heard a song play by a deejay from a local radio. and this song make me really think that i can't forget him untill now. i am just pretending that there was nothing. Perhaps he were honest to me to say that he was really apologize but how many times? I have try so much times to get back to him... but what he did to me last semester make me can't.

May be its still not the right time for me to think about marriage. sombody i really need in this moment is him.O GOD, please, help me to forget him. Make me strong, so i can walk in my life such as nothing ever happen. Give me strength to facing him again when i come back to sabah. i need to be strong. i want to show to him that i will  be  more better than anyone he use to hurt me before.

God, pulihkan saya daripada kelukaan ini sepenuhnya. Saya tidak ingin secebis pun kelukaan bertaut di hati. Saya ingin sangat kuat, but sometimes, saya kalah dengan airmata. i still cry for useless stuff. O Tuhan,, berikan aku kekuatan...

Saturday, November 7, 2009

Suatu Pengalaman.

Macam-macam berlaku di sekitar saya kebelakangan ini. Rasanya tidak mampu saya mengulas satu persatu daripada semua ini. Terasa hati turut sama terbeban dengan pelbagai persoalan yang ada. Cukup tersentuh dengan pelbagai peristiwa yang di alami oleh orng di sekelilingku. Dan bila saya di tanya, apa yang harus saya jawab? Saya sendiri pernah mengalami. Dan untuk bangkit semula adalah amat memeritkan.
Bagi diri saya, yang ada sekarang ni, segalanya memang memeritkan tapi satu pegangan seperti prinsip yang saya pegang setiap kali saya jatuh ialah,
“saya boleh bersedih, menangis, merintih, berdukacita, atau apapun jika saya berdepan dengan kelemahan, namun saya akan pastikan bahawa saya akan kembali bangun. Kembali berdiri.”
Saya pernah berkata kepada diri sendiri ketika saya mula2 mengalami hal ni suatu ketika dahulu. Bahawa saya akan jadi lebih baik daripada orang yang pernah menyakitkan hati saya. Cuma ya sebagai manusia kadang kala saya lemah dan kerap kali menangis. Tapi saya selalu kan bangkit lagi. Tentunya dengan Kasih Kristus. Kenapa? Sebab saya dapat kekuatan hanya dengan Kristus. Ketika saya sering berbeban berat, dia selalu buat saya lega dengan pelbagai cara.
Setiap kali saya merasa kalah dengan diri sendiri. Tuhan sering menguatkan saya. Bukan saya nak bagi tau saya ni kuat. Saya ni terlalu beriman. Tapi... saya ingin bagitau yang saya selalu di sedarkan dan ditolong Tuhan. Banyak kali saya jatuh dalam pelbagai pergumulan, perlbagai persoalan kerana terlalu mengikut kehendak diri sendiri. Namun akhirnya? Tuhan sayangkan umatnya.
Sekarang ini pun sedang bergumul dengan perkara yang betul2 membebankan fikiran saya. Betul-betul memaksa saya bertahan. Tuhan tahu persoalan yang kita alami bha. Jatuh bangun kita dalam dosa adalah proses pematangan secara rohani. Bagaimana mungkin kita kana mengetahui bahawa Tuhan maha mengampuni jika kita tidak pernah melakukan kesalahan?
Percayalah bahawa Tuhan melihat setiap perkara yang kita lakukan. Adakah itu dosa, adakah itu kerana iman. Adakah itu pengorbanan duniawi, mahupun pengorbannan untuk kemuliaan nama Tuhan. Tetaplah berdoa dan mengucap syukur atas setiap perkara yang kita lakukan. Mungkin semuanya nampak kabur. Nampak kelam. Namun, yakin lah bahawa segala sesuatu itu pasti indah pada waktunya.
Bercakap soal ini, saya kembali terkenang perkara yang saya putuskan beberapa hari lalu. Sungguh menyakitkan tapi, bila difikir semula, adalah lebih baik jika hidup ini seperti ini sahaja tanpa memikirkan perkara yang masih di luar kemampuan mata rohani untuk melihat. Entah di mana silapnya, tapi saya pasti Tuhan mengetahui. Suatu doa yang saya minta bertahun lalu, ingatkan telah terjawab. Siapa tahu, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk mengakhiri segalanya.
Saya Cuma berdoa agar apa yang berlaku ini bakal membuatkan semua orang bahagia dengan kehidupan masing-masing. Saya ingin melupakan segalanya dan biar la Tuhan yang mengajar saya sendiri tentang kasih. Biarlah hati mampu melihat dahulu setiap sudut kehidupan saya. Agar saya mampu mengerti sebuah kasih yang benar di hadapan TUHAN. Ini menyakitkan. Terasa diri ini sungguh memalukan. Tapi Tuhan tak pernah melihat manusia dengan rupa tapi hati. Hany manusia saja yang membezakan sesama mereka. (menghakimi)
Semoga kebahagian mewarnai kehidupan kau...Terima kasih untuk setiap kebaikan ko terhadap saya. Terima kasih keran menyemarakkkan semangat saya di hadapan BAPA ketika saya sangat-sangat memerlukan. Terima kasih. Terima kasih. Tuhan memberkati the rest of your life. Kau faham siapa kau.

hati yang terluka sukar untuk mekar kembali. tapi jika di bajai dengan Firman Tuhan, di sirami dengan Airmata doa, dan di belai dengan perbuatan indah di hadapan Tuhan, pasti akan sembuh walupun memakan masa. TUHAN MEMBERKATI.

Friday, November 6, 2009

FaceBook


Wawawawa
Mumy... Ur daughter da addicted dengaan Facebook oo. huhuhu. Mumy, Kalu sa nda dapat Deacan List, mumy jan marah ahhh. hahahaa. Nda bha, mum, nanti sa  balik sa c kawan mumy p ladang, p sawah, p kabun sama p mana2 ahhh.. God bless You Mumy., Rindu tul ma mumy ni.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91