Bukan sebab rajin atau nak buktikan apa-apa tapi sebab ini kerja saya.
About Me
Wednesday, April 22, 2020
PKP Struggle
Bukan sebab rajin atau nak buktikan apa-apa tapi sebab ini kerja saya.
Wednesday, January 8, 2020
Officialy A Civil Servant
Friday, August 26, 2016
Buah Tarap dan Kenangan
Aku dapat dua biji buah tarap hari ini. Kalau bukan kerana mengidam, belum tentu dapat. Terima kasih Moon sudi hantarkan.
Sampai rumah... aku hidu sepuas-puasnya buah tarap yang masih belum masak sepenuhnya. Aku tutup mata... membiarkan seluruh minda aku dikuasai bau tarap. Ini agaknya pelik orang mengidam.
Bau tarap buat aku terimbas kenangan lebih 20 tahun lepas. Aku seolah ternampak bapa kandung aku memetik buah tarap di tepi serambi rumah. Pokok itu buahnya sedikit saja... kurang daripasa 10 biji... Aku dah kakak aku bersoarak gembira. Aku berumur 4 tahun masa tu. Buah tarap yang itu memang kesukaan aku... sebab buahnya sedikit tapi gemuk bulat dan isinya tebal2. Bapa belah dua. Dia makan beberapa ulas. Dan selebihnya aku dan kakak yg habiskan. Tapi semuanya sekejap ja. Itu antara kenangan terakhir dengan bapa. 2 tahun selepas itu keluarga aku musnah.
Kedua, aku terbayang situasi dalam kebun dengan keluarga yang membesarkan aku. Aku teringat mendiang uncle (Gapa) sibuk memanjat pokok tarap di kebun dan menghulurkannya ke tanah menggunakan rotan. Buah tarap yang masak ranum kenah petik dengan cara begini. Kalau tak.. pecah lah tarap tu bila jatuh ke tanah. Aku dan adik sepupu akan berebut pilih atau booking tarap masing2.
Ketiga, aku teringat zaman aku dan sepupu2 berebut biji tarap yang di sangai. Sedap. Dulu kami tak perlu duit nak makan snek. Makan apa yang ada. Musim buah adalah musim kaya raya sebab banyak snek lazat. Sanggup tak makan nasi.
Ke empat... mendiang nenek dan atuk aku. Mereka berdua sangat beza. Nenek sangat sayang pada adik aku dan sentiasa akan melebihkan adik aku. Tapi atuk aku sangat sayang pada aku. Jafi kalau ada tarap separuh masak... dia akan simpan untuk aku. Balik dari sekolah dia akan buka untuk aku. Sebab aku sula tarap separuh masak. Rasa lemak dan rangup tapi tetap manis. Aku sayang datuk aku. Dia suka sangat makan sup sayur terjun yang aku masak. Dia x makan seharian tapi kalau aku masakkan sup sayur... mesti makan nasi berpinggan2. Rindu ko Amang (atuk).
Sup tarap masakan mendiang Gapa juga adalah yang terbaik. Rindunya la. Tapinitu kira ok la sebab sekarang ni sup masakan mentua tidak kurang hebat. Rasa nak balik sekarang sabah lah pula. Kalau lah dekat tentu aku dah balik.
Monday, May 30, 2016
I am Pregnant.
Its been a very rough weeks for me lately. Why? Well i guess its everyones (mom) problem. My menses came late and took too long gap in between as i thought i might pregnant.
Pregnancy is good thing but you have to deal emotionally if you are at a "not -yet-ready" stage. Yes I am not ready to have another baby. I am not ready to divide my 100% attention to Leona. It is not that i am 'just' not ready but I too don't want yet.
So here was the story. Menses should come at 18th of May as i jave a regular period. But it doesn't.. no sign kick in like cramp. But I noticed my face have unusual pimples and a bad temper. So i guessed it will come bit late may be 2 days late. I did UPT and it was all shown negative. I took 4 test to be exact.
20th of May, nausea and headache came in. Thats was a sign of pregnancy! So i got into this very miserable days. I thought i am real pregnant. I read somewhere that a breastfeeding mom still got pregnant eventhough the tested negative and as long as their menses still not come in. I pray to God asking otherwise as i am not ready bla bla bla... everyday or exactly almost everyhour.
I can't imagine having a little one baby while Leona crying her lungs out to get my attention. The thought of it breaks my heart and i intentionally will hugged Leona and said I am sorry if she really got a sister anytime soon.
But at one point... suddenly I have succeed to feel ease. If I am pregnant... let it be. Let God will be done and not mine. Because me and husband have really been careful and if there is a second Love in my womb... let it be. Because it was definitely beyond our controll. It was God will and let it be. I started to love everything and my heart are at ease.
Even started to sort someplace to buy new clothes (HAHAHAHAHAHA) for the baby and feeling like it will be a boy. Why? Because lately i dreamt of i have another boyfriend other than my husband. While i am concieving Leona... i dreamt otherwise; husband got another girlfriend.
TOO BAD.. after a miserable days... i notice a blood spot on 29th May. Huff... eyes widely opened. Feeling tiny tingling in my heart that i am frustrated but I am moreeeeeee GRATEFUL because I am not PREGNANT yet.
Perhaps, God was teaching me something and i will treasure it. THANKS FOR READING MY RANT FRIENDS. GOD BLESS YOU. Forgive my bad grammar or any typo. Its just too hard to write this Rant in Malay. Feel like i can't describe the feeling well. Haha.
Thursday, May 26, 2016
Buku ASNB
Akhirnya berjaya buka buku akaun ASNB untuk anak. Sangat mencabar berada dalam bank dengan karenah Leona yang pelbagai.
Kasi dia makan bun. Dia makan 3/4. Kasi dia minum... dia minum. Ingatkan boleh diam lah lepas tu. Tapi lain pula jadinya. Makin aktif... baca huruf dan number sana sini. Dahlah dia sorang saja budak dalam bank tu. Terpaksa aku bersabar. Nak di sua handphone? Tak terfikir. Biarlah malu orang tengok2. Daripada mata anak tertumpu ke skrin telefon ja.
Pendaftaran akaun ASNB utk mereka di bawah 18 tahun perlukan
1: IC Penjaga
2: Sijil Lahir Anak
3: Borang ASNB
4: ada lagi satu borang pelepasan entah apa nama nya.
Itu je. Tapi di sebabkan aku ni rajin, dah lama dah aku minta borang 3 dan 4 tu dari Branch Maybank. Aku isi kat rumah dan pergi bank.
Bank Officer kat branch yang aku pergi ni sangat friendly. Siap tolong buat itu ini sebab aku sedang gendong Leona. Walaupun pakai SSC tapi tangan dia bebas. Boleh capai apa saja yang dia boleh capai . Thanks Maybank Officer.
Kena sign siap-siap semua dokumen tu kecuali ruangan pada borang ASNB. Itu perlukan Cop Ibu Jari Kiri. Kenapa kiri ye? Hurmm agaknye sebab tangan kanan ni selalu kita guna so possibilty terluka tinggi kot. Entah la. Memandai ja aku ni.
Lagi satu nak buat ASNB ni kena la sabar ye... proses agak lambat. Apatah lagi joka sistem sedang buat hal. Lebih sejam juga lah aku menunggu tadi. Tapi berbaloi sebab settle dah semua. Berjaya top up akaun ASB aku juga. Yelah untuk simpanan masa cemas. Haha.
Tapi yang aku sangat geram, dapat je buku ASNB tu.. Leona minta dan aku bagi. Dia belek2... pastu 'reeet'. Hampir terkoyak habis 1 page. 😤😤😤. Aku rasa dah nak jadi hijau masa tu.
SABAR JA LAH.
Wednesday, May 25, 2016
Selamat Hari Jadi Wen!
25 May 2016
Terima kasih kepada semua yang bagi wishes thru whats app facebook personal message etc. Saya hargainya.
Errr... hari ini hari lahir aku. 😂😂. Yang ke 28. Dah Tua Rupanya aku ni. Semalam dah celebrate pun dengan suami dan anak. Belum ada rezeki nak menjemput ramai2. Sebab kami makan kek dan 2 keping pizza ja😂. Syukur la kan.
Aku dah pesan dengan suami.. Tahun ni xpayah beli kek .. membazir. Cukuplah kita berdoa saja,tapo dibelinya juga sebiji kek.
Itu hadiah dari suami. Selalunya memang kami makan special sikit pada hari-hari istimewa macam ni. Pagi ini pula dapat hadiah tak terjangka dari orang yang saya tak jangka.😂😂.
Leka aku tengok Running Man Episode 300,pintu rumah di ketuk. Aku tengok sang jiran sebelah pegang buah yang harum semerbak. Dia kata;
'Sis,saya mo bagi ko ni na"
"Apa tu"
"Nah, muat ka?" (Dia cuba bagi thru the door grill)
" OH MY GOD REALLY? MANA KO DAPAT NI? KO BARU BALIk DARI SABAH?"
'Ndala sis.. kawan sy datang kl ba... sa suruh dia cari ni BAMBANGAN.'
WELL jiran sy sebelah kanan ni orang sabah. Sino. Faham faham sajalah kalau orang cina sabah. Cara makan pun sama saja dengan orang sabah yang lain😉. Dan dengan gembiranya saya buka pintu dan terima bambangan. Hehe jiran tak tahu pun hari jadi saya jatuh pada hari ini. Kebetulan ja. Rezeki.
Next time saya balas jasa dia hehe.
Thursday, April 28, 2016
Sekali Tengok Macam Anak Ko La Wenwink.
Situation:
GAMBAR SEORANG BUDAK DENGAN SKRU DRIVER TERTANAM DI BAHAGIAN DAHI.
Aku di tag dengan caption:
" sekali tengok macam anak ko la wenwink"
Aku terus terkedu. I really can't brained and accpeted why did i was mention to a things like that. Even if the baby look like Leona...
Aku cuba bertenang tapi tidak berjaya... aku betul2 ... i can't describe what i felt. The one who tagged me is a mother too... ya mungkin aku terlalu paranoid tapi itu bukan hal yang baik utk di tag dan di samakan. It was like you cursed my Leona.
When you are a mom... u will fully understand what i mean. I just cant brained why this friends of mind did this and she is a mother too.😠😠😠
Nak tag orang tu boleh tapi jangan lah tag benda2 yg negative dan seriau macam tu.
Thursday, April 21, 2016
Cara nak buat Pisang Tahan Lebih Lama.
P I S A N G
Aku... suami dan anak sangat suka makan pisang. Pisang emas dan pisang berangan la yang selalu kami beli.
Tapi masalahnya pisang ni...cepat rosak. Tak sampai seminggu dah rosak. Nak beli banyak2 susah.
So aku tergoogle tanpa sengaja kaedah untul bantu pisang ni bertahan lebih lama. Agak leceh tapi sesuai dengan aku. Hehe. Lebih baik leceh daripada membazir.
Tuesday, April 12, 2016
Idea tak tercurah
Teringat masa mula-mula aku berblog dulu. Excited nak tulis setiap entry. Sanggup berjaga untuk buat entry. Mungkinkah aku akan ada lagi semangat seperti itu?
Bukan susah sebenarnya nak menaip untuk blog ni. Ada banyak hal yang aku nak cerita tapi aku mengaku,aku sangat lemah nak atur masa aku. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Semua jadi serba tak kena. Hobi menjahit pun kena kubur sendiri sebab ada pembantu kecil yang asyik mengajak bermain.
Blog? Aku masih suka menulis cuma pengaturan masa yang aku failed.... Aku azam nak menulis banyak2 tahun ni. Haha azam tinggal azam.
Terlalu banyak idea dalam kepala. Tak terluah ke dalam penulisan.
Thursday, March 10, 2016
Muntah-muntah* Demam* & Cirit-Birit*
Popular Posts
-
TIDACT CLINDAMYCIN. Sapa pernah dengar nama ubat ni? Kalau yang bermasalah kulit macam aku, memang kenal kot ubat ni. Okeh jom kita b...
-
Seperti entry Hari Itu aku punya keyakinan diri memang agak terganggu. Malu bila berdepan dengan orang ramai. Siapa yang inginkan kulit ...
-
Hallo all..mcm anak pula aku layan blog ni... sebab muka baru kan.. haha rumah baru. Semua baru.. ni hasil keja fiezah91 la... (aku da ...
-
Lagi update pasal product. Hehe… so… what. Tak nak baca.. close ja k… Kali ni nak cerita pasal produk baru yang aku pakai. Naman...
-
Sape pernah basuh baju dan bau masih lekat pada baju tu? Mesti korang tak basuh elok2 kan…. Miahahaha…. Dah lama tak buat Entry Tip...
-
"Hadeiii aku d tag lagi untuk join contest... errr. Sowie leee yang tag, aku tak rajin skang ni.. hehe mood skang ni nak buat entry bes...
-
satu lagik entry sal makanan... actually saya dapat benda ni dari pesbbuk... minta maaf kepada yg pemilik. i think she/he is a lecturer se...
-
Hallo all.. Morning. Entry di hari sabtu. Ehe. Supplement Food. Dulu aku tak pernah fikir pun pasal benda ni. Bagi aku makan supple...
-
Hari ini tong gas memasak aku habis... genap 2 bulan kami gunakan tong gs petronas 14kg itu. Sebetulnya habis semalam lagi. Pagi ini...
-
Sedang aku sedap2 nak belajar untuk exam sok terjumpa dengan benda ni…. Terfikir aku…sebentar...