Geng Panda Slim

Friday, August 26, 2016

Buah Tarap dan Kenangan

Aku dapat dua biji buah tarap hari ini. Kalau bukan kerana mengidam, belum tentu dapat. Terima kasih Moon sudi hantarkan.

Sampai rumah... aku hidu sepuas-puasnya buah tarap yang masih belum masak sepenuhnya. Aku tutup mata... membiarkan seluruh minda aku dikuasai bau tarap. Ini agaknya pelik orang mengidam.

Bau tarap buat aku terimbas kenangan lebih 20 tahun lepas. Aku seolah ternampak bapa kandung aku memetik buah tarap di tepi serambi rumah. Pokok itu buahnya sedikit saja... kurang daripasa 10 biji...  Aku dah kakak aku bersoarak gembira. Aku berumur 4 tahun masa tu. Buah tarap yang itu memang kesukaan aku... sebab buahnya sedikit tapi gemuk bulat dan isinya tebal2. Bapa belah dua. Dia makan beberapa ulas. Dan selebihnya aku dan kakak yg habiskan. Tapi semuanya sekejap ja. Itu antara kenangan terakhir dengan bapa. 2 tahun selepas itu keluarga aku musnah.

Kedua, aku terbayang situasi dalam kebun dengan keluarga yang membesarkan aku. Aku teringat mendiang uncle (Gapa) sibuk memanjat pokok tarap di kebun dan menghulurkannya ke tanah menggunakan rotan. Buah tarap yang masak ranum kenah petik dengan cara begini. Kalau tak.. pecah lah tarap tu bila jatuh ke tanah.  Aku dan adik sepupu akan berebut pilih atau booking tarap masing2.

Ketiga, aku teringat zaman aku dan sepupu2 berebut biji tarap yang di sangai. Sedap. Dulu kami tak perlu duit nak makan snek. Makan apa yang ada.  Musim buah adalah musim kaya raya sebab banyak snek lazat. Sanggup tak makan nasi.

Ke empat... mendiang nenek dan atuk aku. Mereka berdua sangat beza. Nenek sangat sayang pada adik aku dan sentiasa akan melebihkan adik aku. Tapi atuk aku sangat sayang pada aku. Jafi kalau ada tarap separuh masak... dia akan simpan untuk aku.  Balik dari sekolah dia akan buka untuk aku. Sebab aku sula tarap separuh masak. Rasa lemak dan rangup tapi tetap manis. Aku sayang datuk aku. Dia suka sangat makan sup sayur terjun yang aku masak. Dia x makan seharian tapi kalau aku masakkan sup sayur... mesti makan nasi berpinggan2. Rindu ko Amang (atuk).

Sup tarap masakan mendiang Gapa juga adalah yang terbaik. Rindunya la.  Tapinitu kira ok la sebab sekarang ni sup masakan mentua tidak kurang hebat. Rasa nak balik sekarang sabah lah pula. Kalau lah dekat tentu aku dah balik.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91