Geng Panda Slim

Sunday, July 27, 2014

Pengalaman bersalin Part 1

Hari ini genap sebulan anak kesayanganku menjengah dunia. Syukur kerana sehingga saat ini aku dapat menjaganya walaupun berseorangan dengan suami sahaja.

Okay, hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai kisah kelahiran puteri sulung aku ni.

26/6/2014, seperti biasa aku akan mengalami kesukaran tidur, Panas teramat dan aku penat sebenarnya. Sebab siang(25/6) tu aku sempat membeli belah keperluan baby dan round hampir Satu taman perumahan ni. Seorang diri okay… berani kan aku… dalam fikiran aku masa tu aku rasa aku tak delah akan bersalin awal sangat. Aku sempat kemaskan rumah dan siapkan bag hospital. 

So back to the topic. Pukul 3am aku terbangun nak buang air kecil. Dah menjadi tabiat aku sejak tunggu due ni untuk melihat kot kot ada something ikut air kencing tu… and indeed… takde ape pon. Haha… 4.30am aku sekali lagi terbangun kerana rasa ada air mengalir, rasa macam period pon ada. Tapi yang ni air je.. licin.. aku dah cuak… aku bangun… dan tengok kat toilet… ade darah dan air keluar… aku tak tahu pun itu adalah lendir je…. Bukan air ketuban… (ni aku tau lepas doc kat hospital bagitahu). 

Aku kejutkan husband bagitahu dia aku ada leaking… spontan dia bangun nak ke hospital masa tu juga… tapi aku cakap nak tunggu siang… masa tu aku call mommy tapi tak di angkat. Pkul 4.30am kot. Kekekeke…. Then aku call kakak aku… dia pun x angkat.. haha..siang tu aku tengok pad, xde lah banyak pon darah dan lendir keluar sikit…Aku pun hairan juga… lepas keluar lendir tu aku xdelah sakit sakit ape pon… selang setengah jam tu adalah sakit sakit sengugut sikit…

. Aku sempat minta husband belikan nasi lemak kat bawah rumah. Tapi sebab tak de mak cik yang jual tu.. dia sanggup pegi gerai dekat dengan Station LRT untuk beli.. nasi lemak pula Pedas gila. Pukul 9.30am kami sampai hospital. Aku yang kebaru baruan ni ikut je arahan doctor…

Sampai je Hospital Ampang - kami ke pendaftaran khusus untuk bersalin… x sakit lagi so aku masih bebas bergerak…husband dah bawa siap2 bag aku. Nurse bagi kain dan suruh buka seluar dan seluar kecik. Doctor nak cek katanya… aku ikut je, dah tukar tu aku kena suruh baring dan ada something kena wrap pada perut aku untuk cek jantung baby…Ultrasound ( aku tau bile keluar dari Hospital after bersalin)
Bile cek..bukaan baru 1cm… doc cakap aku kena balik dan tunggu kat rumah… huhu… okay dan aku pun balik… masa ni keluarga aku dah marah-marah sebab aku tak di wadkan terus… aku tak tahu nak jawab apa. Di rumah aku semakin cuak… berdebar debar… tak tahu apa nak buat. Tapi aku sempat tengok Running Man utk hilangkan cuak tu. Aku sempat suruh husband belikan tilam untuk adik ipar aku yg akan dtg seminggu untuk jaga aku…aku sempat berwassap dengan kawan-kawan. Sempat berbual dengan keluarga… 

Petang hari yang sama.. aku rasa aku makin kesakitan… selang 10 minit sakit menyerang… aku banyak baca.. kalau sakit macam tu kena pi hospital dah… Memandangkan kami bergantung pada Taxi.. so aku berharap sangat dimasukkan ke wad terus sebab memudahkan aku dan suami.

Lebih kurang pukul 7.00pm kami ke hospital semula bila aku semakin rasa kesakitan. Samapi di hospital… proses yang sama di ulang… dan bila doctor cek bukaan rahim… katanya baru je 1cm. tak berubah pun… aku dah kecewa… doctor tambah lagi.. katanya kalau nak masuk ward.. beratur panjang nun sampai ke luar pagar… huhu.. aku tahu dia bergurau tapi masa tu aku termenangis… tak tahu kenapa…dan akhirnya aku dan suami balik.

Sampai rumah je dalam pkul 9.00pm, aku semakin kesakitan. Suami paksa aku makan sedikit tuk tenaga, mana tahu aku bersalin tiba-tiba dan tak ada tenaga nanti. Aku makan sedikit  sahaja.. dalam 2 atau tiga suap je. Sebab sakit yang aku alami sejak balik dari hospital semakin teruk. Tapi aku tetap bersabar sebab takut kena suruh balik kalau ke hospital. Kebetulan kawasan perumahan takde air dan suami angkut air dari tingkat 1 (kami tinggal di tingkat 4) ke rumah. Aku mandi sekadar bersihkan badan sebab takut tak selesa. Mandi pula mandi air sejuk. Dah lupa dah semua benda masa tu. Sakit dan penat. Lepas mandi aku dan suami cuba tidur. Aku memang sangat2 mengantuk tetapi kesakitan yang aku alami menyukarkan aku tidur, Pukul 11.30pm, aku tengok jam.. sakit yang aku alami berlaku selang seminit. Setiap minit aku ke tandas… Tuhan tau apa yang aku alami… sedangkan period/datang bulan pun aku boleh hampir pengsan menahan sengugut.. apatah lagi nak bersalin.

Aku menangis dan berdoa banyak-banyak… bila sakit yang sama berlarutan… suami yang tidur-tidur ayam Tanya… nak ke hospital tak? Aku tahu dia pun tak tahu nak buat apa… aku tak mau salahkan dia. Kami sama2 first time hadapi situasi ni… aku cakap ya.. nak ke hospital. Dan aku suruh dia cuba guna MY TEKSI.  Rupanya memang ada teksi yang standby sekitar kawasan perumahan aku ni… suami call dan kami turun. Sebaik masuk teksi… driver tu terus pecut ke Hospital Ampang. Perjalanan yang tak sampai 10 minit dari rumah ke Hospital Ampang saya rasa macam sejam. 

Bersambung…

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91